Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM terima kunjungan 382 pelatih PLKN
UTHM terima kunjungan 382 pelatih PLKN Print E-mail
Hear this article
BATU PAHAT – Seramai 382 pelatih, tiga pegawai, 15 staf pengurusan & 31 jurulatih dari Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Rekreasi Pertanian Teluk Sari, Mersing mengadakan lawatan ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) pada 8 Februari lalu. 

Menurut ketua urus setia, Encik Norashid Hassan tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelatih mengenai bidang teknikal dan seterusnya memperkenalkan latar belakang UTHM yang berdiri sebagai sebuah universiti teknikal kepada mereka. 

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat), Profesor Dato’ Dr. Abdul Razak Omar. Turut hadir Komandan Kem PLKN Rekreasi Pertanian Teluk Sari, Mersing,  Lt. Kdr. Erudin Bujang.

Profesor Dato’ Dr. Abdul Razak dalam ucapannya merakamkan penghargaan beliau menerima kunjungan ratusan delegasi PLKN ke universiti ini dan berharap kunjungan seperti ini berterusan dari masa ke semasa.
 
Sementara itu, Lt. Kdr. Erudin dalam ucapannya berharap lawatan ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat dan dapat meambahkan lagi semangat kepada pelatih-pelatih tersebut untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Beliau sempat menyatakan harapan agar pelatih-pelatih tersebut akan mempraktiskan segala ilmu yang dipelajari sepanjang mengikuti PLKN ini di samping dapat membina jati diri, seterusnya  menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. 

Antara tempat-tempat yang dilawati oleh mereka ialah Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Makmal Pembuatan Deras (FKMP), Makmal Kejuruteraan Automotif (FKMP), Pusat Penyelidikan Electromagnet (Fkee), Makmal Kejuruteraan Jalanraya (FKAAS), Makmal Robotik Industri (FKEE). Taklimat berkaitan makmal turut diberikan kepada delegasi dan diikuti dengan sesi soal jawab. 
 
 
 
 
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.