Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 607 pelajar baharu program Sarjana Muda ikuti Minggu Haluan Siswa
607 pelajar baharu program Sarjana Muda ikuti Minggu Haluan Siswa Print E-mail
Hear this article

UTHM – 607 orang pelajar baharu program sarjana muda semester II sesi 2014/2015 telah mengikuti Minggu Haluan Siswa (MHS) selama tiga hari bermula pada 15 hingga 17 Februari lalu.

Untuk rekod, pelajar-pelajar baharu tersebut mendaftarkan diri masing-masing di universiti ini pada15 Februari lalu, diikuti dengan pendaftaran kolej kediaman. 

Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai slot telah dilaksanakan antaranya slot Bersama Pengetua Kolej Kediaman, Taklimat Badan Beruniform oleh Pusat Kokurikulum, Bersama Dekan dan Penasihat Akademik serta taklimat berkaitan fungsi-fungsi utama Pusat Tanggungjawab yang berkaitan. 

Turut diselitkan taklimat dan dialog daripada Wakil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) khas untuk panduan mereka yang ingin membuat pinjaman pendidikan.  Sementara itu, aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) yang dibantu oleh fasilitator MHS juga diadakan bagi memberi motivasi dan mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri . 

Turut berlangsung sesi bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Hashim Saim serta taklimat mengenai peraturan akademik dan juga sesi bersama Keluarga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).   

Manakala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim selaku wakil rasmi Naib Canselor turut menyampaikan amanat dan memperkenalkan semua pegawai kanan universiti kepada kumpulan pelajar baharu tersebut melalui slot “Bersama Kepimpinan Universiti.”

Bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur, Majlis Perwakilan Pelajar UTHM dan Jawatankuasa Pembantu MHS turut mengambil inisiatif membuat kutipan derma semasa pendaftaran berlangsung di samping cuba mengesan dan mendapatkan maklumat pelajar baharu yang terlibat dalam bencana itu.


 
Disediakan oleh:
Pejabat Hal Ehwal Pelajar  
Last Updated ( Selasa, 24 Februari 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.