Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Misi Bantuan Banjir-111 Sukarelawan UTHM bantu warga SK Pasir Tumbuh, Gua Musang
Misi Bantuan Banjir-111 Sukarelawan UTHM bantu warga SK Pasir Tumbuh, Gua Musang Print E-mail
Hear this article
Misi Bantuan Banjir - 111 Sukarelawan UTHM bantu warga SK Pasir Tumbuh, Gua Musang

Bagi meneruskan usaha membantu mangsa banjir, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kesihatan Universiti dan Bahagian Fasiliti Harta Bina bersama sukarelawan yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Misi Bantuan Pasca Banjir di Gua Musang, Kelantan pada 26 hingga 28 Februari lalu.

Misi yang melibatkan 111 sukarelawan kali ini menfokuskan bantuan di Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh Gua Musang yang rosak teruk akibat banjir melibatkan kerja-kerja mengecat bilik darjah, surau dan blok pra sekolah serta pembersihan lumpur kuaters guru. 

Misi ini turut mendapat kerjasama yang baik dari guru-guru Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) daerah Gua Musang dan juga anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Gua Musang.

Di samping itu, ia juga melibatkan aktiviti pemulihan semula bekalan kuasa elektrik di samping kerja-kerja menukar lampu dan kipas yang rosak. Turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan oleh doktor perubatan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) melibatkan semua pelajar dari darjah 1 hingga darjah 6. Pihak PKU juga turut mengadakan pemeriksaan kesihatan melibatkan penduduk Kampung Pasir Tumbuh. Khidmat sukarelawan tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk kampung.   

Misi bantuan pasca banjir yang melibatkan sukarelawan yang diketuai oleh MPP dan SISPA ini juga sedikit sebanyak membantu meringankan beban guru Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh dengan memulihkan bilik darjah di aras bawah yang berkeperluan segera melibatkan murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. 

Bantuan kemanusiaan seumpama ini diharapkan akan dapat diteruskan di masa yang akan datang.
Last Updated ( Rabu, 04 Mac 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.