Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM mula agih Baucar Buku 1 Malaysia
UTHM mula agih Baucar Buku 1 Malaysia Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengagihkan pemberian Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada pelajarnya yang layak bermula pada 11 Mac ini.
 
Dengan jumlah keseluruhan RM3,893,500.00 bagi pelajar UTHM, mereka akan menerima BB1M bernilai RM250 seorang dan boleh dituntut di fakulti atau pusat pengajian pelajar bermula 15 Mac 2015.

Untuk rekod, pemberian Baucar Buku 1 Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada pembentangan Bajet Tahun 2015 lalu. Sejumlah RM325 juta telah diperuntukkan untuk pemberian BB1M ini kepada 1.3 juta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia.

Objektif utama pemberian BB1M ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku para pelajar di IPT Malaysia.

BB1M ini diagihkan kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang berstatus aktif bagi pengajian sepenuh masa atau separuh masa sehingga tarikh 31 Disember 2015. Tempoh sah laku BB1M adalah sehingga 30 Jun 2015.
        
Sementara itu, satu majlis penyerahan BB1M telah diadakan di kampus ini dan disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim pada 11 Mac lalu.

Semoga usaha ini akan dapat meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar UTHM khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Last Updated ( Selasa, 17 Mac 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.