Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Sukarelawan FKEE ke Chenor - bantu bersih Sekolah
Sukarelawan FKEE ke Chenor - bantu bersih Sekolah Print E-mail
Hear this article

Batu Pahat - 40 Sukarelawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melibatkan diri menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir anjuran Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FKEE) ke pantai timur pada 6 Mac lalu.

 

Program sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan staf FKEE ini adalah sebagai satu usaha fakulti menyahut saranan pihak Pengurusan tertinggi UTHM bagi melaksanakan Misi Bantuan Pasca Banjir ke lokasi-lokasi yang terjejas akibat banjir besar 2014 sebelum ini. 

 

Misi sukarelawan yang diketuai Timbalan Dekan Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan, Profesor Madya Dr. Mohammad Faiz Liew Abdullah yang juga menjalankan tugas sebagai Dekan FKEE mengfokuskan kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Paya  Pasir, Chenor, Maran, Pahang. 

 

Guru Besar, Tuan Haji Muhamad Abdullah serta warga sekolah menyambut baik kedatangan para sukarelawan dan mereka diberikan taklimat berhubung situasi semasa dan keperluaan bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah. 

 

Untuk rekod, sekolah yang mempunyai pelajar seramai 150 orang ini terjejas teruk akibat ditengelami air lebih daripada seminggu. Dengan kedalaman lebih 12 kaki, bencana ini telah menenggelamkan hampir keseluruhan bangunan sekolah.  prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh pihak sekolah, FKEE telah mengatur misi bantuan ke sekolah berkenaan setelah mendapatkan pandangan dan nasihat dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.

 

Kumpulan sukarelawan tersebut dipecahkan kepada dua kumpulan bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan. Kumpulan staf J29, Penolong Jurutera menfokuskan kerja-kerja membaik pulih pendawaian dan pemasangan peralatan elektrik di bilik Multimedia dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut manakala kumpulan staf lain dan pelajar pula melakukan kerja-kerja mengecat di bilik darjah, surau, tembok pagar dan dewan sekolah.

 

Selain bantuan tenaga, fakulti juga telah mengedarkan sumbangan berbentuk tunai, pembiayaan barangan bagi tujuan aktiviti mengecat dan barangan keperluan solat untuk kemudahan pelajar seperti sejadah, telekung, kain pelekat dan kain batik untuk diwakafkan di surau sekolah. 

 

Pihak sekolah merakamkan penghargaan mereka terhadap universiti di atas bantuan yang dihulurkan oleh fakulti dan turut mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan kepada sekolah tersebut pada masa akan datang.

 

Last Updated ( Selasa, 31 Mac 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.