Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 1200 pelajar sertai Program Jejak Menara Peringkat Negeri Johor Tahun 2015
1200 pelajar sertai Program Jejak Menara Peringkat Negeri Johor Tahun 2015 Print E-mail
Hear this article

 

 

1200 pelajar menyertai Program Jejak Menara 2015 Peringkat Negeri Johor Tahun anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang telah diadakan pada 11 April lalu bertempat di kampus induk.

 

Program tersebut telah berjaya menarik penyertaan pelajar peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia di seluruh negeri Johor Darul Takzim. Penganjurannya bertujuan memberi pendedahan kepada peserta akan realiti kehidupan akademik di universiti di samping membentuk jati diri dalam mengharungi kehidupan pasca sekolah. 

 

Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat), Dato’ Dr. Abdul Razak Omar telah menyempurnakan majlis pelancaran program tersebut. Hadir sama, Ahli Lembaga Pelaburan YADIM, Dato’ Khairul Anwar Rahmat serta wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Mahmood Kassim. 

 

Turut diadakan, taklimat prospek melanjutkan pengajian di UTHM oleh Hj. Mohd Kamal Jaafar dari Pusat Pengajian Diploma serta Sesi Motivasi dan Perkongsian Pengalaman bersama selebriti ikon Jejak Menara 2015 iaitu Zul Renova dan Saudari Aimi Sofia. 

 

Program turut dijayakan dengan penglibatan seramai 60 orang pelajar UTHM yang bertindak sebagai fasilitator program Jelajah Kampus pada hari tersebut. Program Jejak Menara Peringkat Negeri Johor Tahun 2015 ini merupakan satu dari beberapa siri Jejak Menara 2015 peringkat kebangsaan anjuran YADIM yang telah diadakan sepanjang bulan April ini di 14 institut pengajian tinggi awam terpilih dengan mensasarkan belia lepasan SPM dan STPM/STAM 2014 seluruh Malaysia.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.