Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM raih Anugerah di UTM Bridge Competition
UTHM raih Anugerah di UTM Bridge Competition Print E-mail
Hear this article

untitled-5.jpg
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul tiga anugerah di UTM Bridge Model Competition 2015 yang berlangsung pada 5 hingga 8 April lalu bertempat di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Baharu.

Enam pensyarah dan 20 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) yang terdiri daripada empat kumpulan iaitu UTHM COMRADE, UTHM’s BUDDYZ, SOURTHERN TIGER BUDDIES dan UTHM GREEN WOOD telah menyertai program ini.
Pasukan Sourthern Tiger Buddies berjaya merangkul gelaran juara diikuti pasukan UTHM Comrade di tempat ketiga melalui kategori Pameran Terbaik (Institut Pengajian Tinggi). Sementara itu UTHM’s Buddyz pula berjaya meraih Anugerah Kategori Khas iaitu “The Most Coolest Interview Group-IPT”.
UTM Bridge Model Competition 2015 diadakan bertujuan melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing dan berfikiran kreatif serta inovatif seiring dengan saranan kerajaan dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.
 
uthmcomp2.jpg
 
Pertandingan yang melibatkan dua sesi iaitu pembinaan struktur jambatan dan sesi pengujian struktur jambatan telah menuntut setiap peserta menggunakan 20 batang kayu balsa untuk membina struktur jambatan yang mengambil masa selama 9 jam. Selesai pembinaan, struktur diperiksa oleh penganjur dan tagging dilakukan bagi proses kelayakan diikuti dengan persiapan pameran dan landscaping.
uthmcom2.jpg
Sesi penghakiman kali kedua dan sesi temuduga dijalankan pada 8 April telah meletakkan UTHM sebagai pemenang kepada beberapa kategori anugerah yang dipertandingkan.  
 
Jutaan Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung sepanjang pertandingan ini berlangsung. 
 
uthmcomp3.jpg
Sokongan padu yang telah diberikan sangat membantu di dalam meraih kejayaan tersebut khususnya daripada pegawai dan pensyarah pengiring yang terlibat: Dr Shahiron Shahidan, Dr Shahrul niza, Dr Zainorizuan, Dr Noorwirdawati, Dr Siti Radziah dan Dr Mohd Arif Nazri.

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.