Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 100 Pelajar sertai Seminar Pengurusan Organisasi Pelajar 2015
100 Pelajar sertai Seminar Pengurusan Organisasi Pelajar 2015 Print E-mail
Hear this article

sempelj1.png
100 pelajar mewakili kelab dan persatuan pelajar, badan beruniform dan jawatankuasa kolej kediaman sertai Seminar Pengurusan Organisasi Pelajar 2015 yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar pada 2 hingga 4 April lalu bertempat di Hotel Sentral, Johor Bahru. 

Seminar dipenuhi dengan beberapa pengisian antaranya taklimat berkaitan Garis Panduan Pengurusan Aktiviti Pelajar dan juga berkaitan Pekeliling Universiti yang sedang berkuatkuasa oleh Ketua Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Encik Azlan Wanti. Di samping itu, taklimat sistem transkrip aktiviti pelajar dan sistem permohonan aktiviti kelab dan persatuan pelajar secara online pula disampaikan oleh Puan Shaharizad Shahrir dan Encik Rosmaini Miftah dari Pusat Teknologi Maklumat, UTHM. 

Para peserta turut diagihkan dalam kumpulan kecil bagi simulasi aktiviti persatuan yang berimpak tinggi dengan membentangkan kertas cadangan dan laporan program berdasarkan tajuk-tajuk seperti mobiliti pelajar ke luar negara, simposium pelajar antarabangsa dan bantuan bencana alam. Bagi setiap sesi pembentangan, setiap kumpulan telah diberikan ulasan dan cadangan penambahbaikan secara langsung oleh pegawai-pegawai Pejabat Hal Ehwal Pelajar beserta peserta seminar.   
sempel2.png 

Profesor Ir. Dr. Amir Hashim Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Pengurusan Organisasi Pelajar 2015.Hadir sama, Encik Azlan Wanti, Ketua Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Abdul Hannaan Khairy, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTHM dan Muhammad Shahir Sharifudin, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang bertindak sebagai Pengarah Sekretariat Pelajar bagi program ini. 

Majlis diserikan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang kumpulan. Oleh kerana pelaksanaan program seumpama ini sangat memberi manfaat kepada pelajar, pihak penganjur merancang untuk menjadikannya sebagai program tahunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.