Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kertas Kerja Penyelidik EMCenter terima anugerah Best Paper Award di ICM, Jepun
Kertas Kerja Penyelidik EMCenter terima anugerah Best Paper Award di ICM, Jepun Print E-mail
Hear this article
erwanuthm.jpg


Kertas kerja penyelidik Pusat Penyelidikan Elektromagnet Gunaan (EMCenter), Dr. Erwan Sulaiman bersama pelajar pasca ijazah, Siti Nur Umira Zakaria telah menerima anugerah Best Paper Award di dalam persidangan IEEE/IES International Conference on Mechatronics (ICM 2015) yang diadakan di Nagoya Jepun, baru-baru ini.

Kertas kerja bertajuk “Parameter Sensitivity Study for Optimization of Single Phase E-Core Hybrid Excitation Flux Switching Machine” tersebut juga telah diberi penghormatan untuk dibentangkan di dalam sesi khas iaitu Special Session on Electric Machines & Drives for Automobile Applications.

ICM 2015 telah disempurnakan oleh pengerusi Nagoya Institute of Technology, Nagoya, Jepun ; Makoto Iwasaki dan Kouhei Ohnishi. Persidangan yang dianjurkan oleh Industrial Electronics Society (IES) ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada 6 hingga 8 Mac lalu. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan penemuan teknologi terkini dalam bidang mekatronik melalui hasil penyelidikan yang dilakukan dari seluruh dunia. 

UTHM mengharapkan agar anugerah ini dapat memberi dorongan kepada para penyelidik lain dalam mempertingkatkan lagi mutu penyelidikan pasca ijazah di universiti ini seiring dengan universiti penyelidik yang lain tidak kira di dalam mahupun di luar negara.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.