Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Profesor Adjung, Ar. Dr. Tan Loke Mun kunjungi FPTP
Profesor Adjung, Ar. Dr. Tan Loke Mun kunjungi FPTP Print E-mail
Hear this article

Ar. Dr. Tan Loke Mun dari Jabatan Pengurusan Pembinaan (JPP) mengunjungi Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) pada 20 April lalu bagi menjayakan Program Lawatan Profesor Adjung.

Beberapa aktiviti telah dijalankan bersama dengan Dekan FPTP, Timbalan-Timbalan Dekan FTPP, kakitangan JPP, pelajar pascasiswazah dan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan).

Satu perjumpaan dengan Dekan FPTP, PM Dr. David Martin @ Daud Juanil, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Dr. Mohd Lizam Mohd Diah dan juga Timbalan Dekan (Pembangunan, Penyelidikan & Penerbitan), PM Dr. Rozilah Kasim, telah diadakan sebagai pembuka aktiviti lawatan sehari ini.

Aktiviti kedua yang telah berlangsung ialah Penilaian Dokumen Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi program Sarjana Sains Pengurusan Teknologi Pembinaan (MPC). Aktiviti ini dilaksanakan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan maklumbalas daripada panel industri berkaitan dengan program MPC bagi tujuan penambahbaikan dan pengakreditasian program.

Seterusnya, satu sesi “Industry Talk with Post-Graduate Student” telah dijalankan di Bilik Seminar 1, FPTP. Peserta bagi aktiviti ini terdiri daripada pelajar pascasiswazah peringkat Sarjana dan PhD. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar pascasiswazah FPTP khasnya dan juga beberapa pelajar dari fakulti lain. Dari aktiviti ini, para pelajar telah memperolehi pengetahuan dalam bidang “Green Building” dan dapat bertukar fikiran dengan Ar. Dr. Tan Loke Mun yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.

Pada sebelah petang, telah berlangsung aktiviti “Lecture by Professor Adjunct for Architectural Design class” bertempat di Dewan Kuliah 1, FPTP. Ar. Dr. Tan Loke Mun telah dijemput untuk menyampaikan syarahan di dalam kelas Rekabentuk Arkitek. Program ini melibatan seramai 130 orang pelajar program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan).

Progaram Lawatan Profesor Adjung FPTP ini telah diakhiri dengan majlis penutup, sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kepada Ar. Dr. Tan Loke Mun. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau atas kesudiannya untuk datang ke FPTP. 

Beberapa hasil yang memberangsangkan telah dicapai dari  program ini, antaranya, (1) memperolehi maklumbalas daripada panel industri berkaitan program MPC serta dapat membantu jabatan dalam usaha memperolehi akreditasi daripada MQA bagi program ini. Program lawatan ini juga dapat berkongsi  ilmu berkaitan topik "Green Building" dengan pelajar post-graduate dan peluang untuk mereka bertukar fikiran dengan pakar dalam bidang ini dan juga memberikan pendedahan dalam bidang Rekabentuk Arkitek kepada pelajar BPC serta menyuntik semangat untuk meneroka dan untuk berjaya dalam diri pelajar-pelajar ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua kakitangan Jabatan Pengurusan Pembinaan, FPTP yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung sepanjang program lawatan ini berlangsung.

Disediakan oleh,
Dr. Norliana Sarpin
Penyelaras Program Profesor Adjung 2015
Jabatan Pengurusan Pembinaan
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.