Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM anjur Pertandingan Pidato “ Semarak Patriotik 2015 ” peringkat UA
UTHM anjur Pertandingan Pidato “ Semarak Patriotik 2015 ” peringkat UA Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Kokurikulum akan menganjurkan pertandingan pidato “Semarak Patriotik 2015” peringkat Universiti Awam (UA) pada 16 Mei ini bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM.

Pertandingan ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada golongan pelajar UA agar menghargai kemerdekaan yang dikecapi hari ini. Selain itu, penganjuran program ini juga untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya menjaga keharmonian negara di samping untuk menyemai nilai-nilai patriotisme dalam kalangan pelajar dan peserta yang terlibat.

Program ini juga dianjurkan sebagai salah satu inisiatif untuk menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan generasi yang mempunyai semangat cintakan Negara di samping untuk menjalinkan hubungan baik antara universiti awam di Malaysia.

Seluruh warga UTHM dan orang ramai dialu-alukan hadir untuk memeriahkan lagi pertandingan ini. Berikut merupakan info ringkas mengenai pertandingan tersebut:
 
 Tarikh  Tempat  Masa
 16 MEI 2015  DEWAN TENGKU MAHKOTA ISMAIL,UTHM  8.00 A.M.

 
Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan, layari http://pidato2015.wix.com/semarakpatriotik

Last Updated ( Selasa, 12 Mei 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.