Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM kekal Juara kali ketiga di Kejohanan Sukan Air MASUM 2015
UTHM kekal Juara kali ketiga di Kejohanan Sukan Air MASUM 2015 Print E-mail
Hear this article
Pasukan Rowing (Mendayung) Wanita UTHM berjaya mengekalkan gelaran Juara Keseluruhan buat kali ketiga berturut-turut bagi kategori Rowing Wanita di Kejohanan Sukan Air MASUM 2015. Kejohanan yang berlangsung pada 7 hingga 11 April 2015 bertempat di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya peringkat Universiti Awam menyaksikan hampir 17 universiti yang menyertai kejohanan kali ini bagi acara Rowing Lelaki/Wanita dan acara Kayak Lelaki/Wanita serta sebanyak 20 pingat emas yang dipertandingkan bagi semua kategori  pada kejohanan kali ini.
 
Selaku Juara pada tahun 2013 dan 2014 Pasukan Rowing Wanita turun bertanding untuk mempertahankan kejuaraan  kali ketiga berturut-turut dan kali kelima sejak dari tahun 2008 penyertaan pertama Pasukan Rowing UTHM dalam acara ini. Pada tahun ini pasukan UTHM menerima tentangan sengit daripada pasukan-pasukan handalan Universiti Awam yang bertanding di mana pasukan mereka turut membariskan atlit-atlit terbaik universiti masing-masing untuk merebut kejuaraan pada tahun ini. 

Tiga pingat emas dari acara women bot8+ (W8+), women pairs (W2-) dan  women four  (W4-) serta dua perak dari acara lightweight women double scull (LW2x) dan lightweight single scull (LW1x) daripada enam acara yang dipertandingkan sudah cukup untuk Pasukan UTHM dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan pada tahun 2015.

Kejayaan manis daripada Pasukan Rowing Wanita gagal diikuti oleh Pasukan Rowing Lelaki yang berjaya membawa pulang 1 pingat emas dari acara lightweight men single scull (LM1x) dan 2 perak dari acara mens fours (M4-) serta lightweight mens double scull (LM2x). Kegagalan dalam acara akhir mens bot8+ atas kerosakkan peralatan semasa awal perlumbaan telah menyaksikan Pasukan Rowing Lelaki gagal mempertahankan pingat emas sebagai pasukan pilihan mengikut jejak langkah kecemerlangan Pasukan Rowing Wanita UTHM untuk muncul juara keseluruhan. 

Kegagalan ini diharapkan menjadi iktibar dan pengajaran bagi Pasukan UTHM untuk merebut kejuaraan di masa akan datang. Bagi acara kayak Pasukan Kayak Lelaki dan Wanita UTHM berjaya membawa pulang dua pingat emas menerusi acara single lelaki dan double wanita daripada empat pingat emas yang dipertandingkan bagi setiap kategori lelaki dan wanita.

Secara keseluruhan jumlah pungutan pingat emas yang diperolehi oleh Pasukan UTHM ialah enam emas dan empat perak, jumlah pencapaian yang amat baik bagi jumlah pungutan pingat yang disasarkan oleh Pasukan UTHM dalam Kejohanan Sukan Air MASUM 2015 pada kali ini.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.