Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM juara Pertandingan Inter Varsity Young Motivator Competition
UTHM juara Pertandingan Inter Varsity Young Motivator Competition Print E-mail
Hear this article
Syafiq Yem, pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menjuarai Pertandingan Inter Varsity Young Motivator Competition (I-MAC) 2015 yang berlangsung pada 9 Mei lalu di Universiti Putra Malaysia.  

Syafiq berjaya mengalahkan 10 orang finalis dengan memberi motivasi bertajuk “The Breakthrough” dan membawa pulang hadiah bernilai RM2,000, trofi beserta sijil.  Selain daripada itu Syafiq juga telah ditawarkan untuk menyertai kumpulan motivator “Abang Smart” selepas bergraduat nanti.  Tempat kedua dan ketiga pula  telah disandang oleh Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis. Manakala UUM telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik.  

Pertandingan anjuran Majlis Kaunseling dan Kerjaya  Universiti-universiti Malaysia (MAKUMA) dengan kerjasama Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK) ini bertujuan untuk melahirkan pelapis-pelapis motivator yang boleh menjadi pembimbing dan ikon kepada pelajar telah disertai oleh 34 orang pelajar dari 17 IPTA di seluruh Malaysia.  
        
Peserta-peserta telah dinilai di peringkat saringan oleh Pegawai-pegawai Psikologi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bertindak sebagai juri.  Pertandingan akhir pula telah dihakimi oleh tiga orang juri jemputan iaitu Encik Ahmad Fadzli Abd. Aziz  (UNIC), Puan Azah Yazmin Yusof Ali (bekas pengacara 3R) dan Puan Saleha binti Idris, Pensyarah Kanan Kolej Dar al-Hikmah. 

Selain Syafiq yang menjuarai pertandingan tersebut, UTHM turut menghantar seorang lagi peserta iaitu Ammar Ariff Aminondin dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.  Perjalanan kejayaan mereka bermula melalui pertandingan peringkat dalaman UTHM yang dianjurkan oleh Jabatan Kaunseling, Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar(P3P).  

P3P telah mengadakan dua kali saringan dengan penyertaan seramai 23 orang dan hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk ke peringkat akhir.  Pemilihan peserta akhir yang dibuat oleh  Dr. Noraishah Daud, Puan Aspalaila Abdullah, Encik Syahrul Nizam Lukman dan Profesor Madya Dr. Haji Lokman Hakim Ismail itu turut disertai dengan pendedahan ilmu “Personal Grooming” dan Keyakinan Diri.  Bagi memastikan UTHM melahirkan motivator yang berkarisma, mereka telah  menghadiri beberapa siri “Personal Coaching” yang dikendalikan oleh Pegawai-pegawai Psikologi UTHM.         

Semoga kejayaan  Syafiq  dalam pertandingan ini akan menjadi peransang kepada pelajar-pelajar UTHM untuk menyertai pertandingan I-MaC untuk tahun-tahun akan datang
 
 
Last Updated ( Rabu, 13 Mei 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.