Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pelajar Kokurikulum UTHM dekati Pelajar Sekolah - anjur Bengkel Seni Kreatif
Pelajar Kokurikulum UTHM dekati Pelajar Sekolah - anjur Bengkel Seni Kreatif Print E-mail
Hear this article
bengkelsenikreatifuthm.jpg
Bagi memperkasakan lagi bidang seni, satu bengkel “Celik Seni” anjuran pelajar kelas Senitari Tradisi dan Kreatif, Kursus Kokurikulum  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya 2, Johor Bahru telah diadakan pada 24 April lalu.

Bengkel ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu seni tarian, lakonan dan muzik kepada pelajar sekolah termasuk guru–guru yang hadir pada hari itu. Bengkel ini telah disempurnakan  oleh Guru besar sekolah iaitu Tuan Haji Rosland Mohd Yusof bersama guru Bahasa Melayu dan Seni, Encik Shukor Sudin. 
Penguasaan kemahiran insaniah adalah sangat penting dalam kalangan pelajar pada hari ini tetapi platform penerapan untuk  menguasai  kemahiran  insaniah  inilah yang patut ditekankan. Sumber manusia atau dikenali sebagai aset tenaga pekerja yang berilmu amat penting masa kini dalam saingan pasaran kerja. Secara tidak langsung kemahiran teknikal yang digarapkan dalam pembelajaran setiap hari  banyak  membantu  dalam  melahirkan  aset  negara  ini.  

“Namun  fenomena  hari  ini,  sumber  manusia yang  hanya  memiliki kemahiran teknikal sahaja tidak mencukupi untuk pasaran tenaga kerja hari ini dan akan datang. Sebaliknya modal insan yang dibentuk perlulah memiliki lebih daripada satu kemahiran untuk memantapkan jati diri mereka,”kata pengajar kelas Senitari Tradisi dan Kreatif, Encik Rosdi Abdullah. 

Atas dasar inilah beliau telah membawa pelajar UTHM ke Sekolah Menengah Johor Jaya 2 kerana melihat 70 peratus jumlah pelajar di SMKJJ2 adalah pelajar bukan berbangsa Melayu manakala 30 peratus lagi pelajar berbangsa melayu. Ini merupakan satu cabaran bagi pelajar UTHM dalam memberi ilmu seni kepada para pelajar bukan berbangsa melayu ini.
Bengkel berlangsung hampir 10 jam ini diselitkan dengan sesi pengenalan diri, bengkel tarian, bengkel vokal dan suara, bengkel muzik dan nyanyian, diikuti dengan para pelajar UTHM mempersembahkan persembahan “High School Musical” kepada para pelajar SMKJJ2.  Melihat kepada kegembiraan para pelajar dari SMKJJ2 ini ternyata bengkel Seni Kreatif ini sangat berkesan untuk mencungkil bakat dan soft skill para pelajar sekolah menengah ini.

Para pelajar SMKJJ2 diajar seni kreatif menerusi seni tradisi yang hampir pupus ini. Pelajar UTHM mengajar mereka bagaimana seni moden boleh dikreatifkan kepada seni tradisional dan menjadi seni yang diminati,begitu juga  seni tradisional juga boleh dikreatifkan tetapi masih mengekalkan nilai–nilai ketimuran. 

Sementara itu, para pelajar dari kelas Senitari Tradisi dan Kreatif ini akan membuat persembahan teater muzikal “High School Musical” pada 21 Mei 2015 di Dewan Tunku Mahkota Ismail UTHM dan bengkel ini adalah salah satu langkah untuk memantapkan pementasan itu kelak. kelas Senitari Tradisi dan Kreatif ini juga membawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang digunakan dalam bengkel dan pementasan.

Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM, Profesor Madya Dr. Ahmad Esa selaku penasihat program berkata “senitari adalah satu medium yang diminati masyarakat, oleh itu jika kita membawa ilmu dalam persembahan senitari maka masyarakat akan mendapat ilmu itu.”

Era global yang didominasi oleh kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi memerlukan individu-individu yang kreatif dan produktif. Oleh sebab itu, kreativiti perlu dikembangkan khususnya kepada anak-anak usia muda, kerana pada usia tersebut berlaku puncak perkembangan kreativiti mereka.
Last Updated ( Isnin, 18 Mei 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.