Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kolej Kediaman Perwira, UTHM Ungguli Konvensyen Kampus Lestari 2015
Kolej Kediaman Perwira, UTHM Ungguli Konvensyen Kampus Lestari 2015 Print E-mail
Hear this article

 

konvensyen kampus lestari uthm.jpg

 Pasukan KK Perwira UTHM mengungguli KKL 2015 dengan memenangi semua pertandingan yang dianjurkan

 

 

Selari dengan iltizam menjadikan Kolej Kediaman Perwira (KK Perwira) sebagai Kolej Kediaman Karbon- rendah yang pertama di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pelbagai usaha dan langkah proaktif diambil. KK Perwira telah menyertai Konvensyen Kampus Lestari (KKL) anjuran Kolej Ibu Zain (KIZ) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 30

April 2015, bertempat di Dewan Persidangan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.

 

Dengan tema "Kampus Lestari Cerminan Inovasi Mahasiswa", KK Perwira menyertai KKL 2015 dengan iltizam berkongsi pelan tindakan yang telah dilaksanakan dalam usaha melestarikan persekitaran sejak

2011. Dalam KKL 2015 juga, KK Perwira telah menyertai semua pertandingan yang dijalankan dan

 

ternyata  penguasaan  KK  Perwira  dalam  ketiga-tiga  pertandingan  yang  dijalankan  tidak  dapat dinafikan. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan-pertandingan yang dijalankan:

 

Pertandingan

Keputusan

Wakil KK Perwira, UTHM

 

 

 

 

 

Pembentangan Lisan

Johan:

Kolej Ibu Zain (KIZ), UKM

 

 

Naib Johan:

Kolej Kediaman Perwira, UTHM

 

 

Ketiga:

Kolej Kediaman 4, UM

 

1.     Shahmila A/P Shanmugam - FTK

2.     Nurhawani Binti Ahmad Zamri - FKEE

3.     Noor Zahin Bin Sukor - FKMP

 

 

 

 

 

 

Poster Amalan Kelestarian

 

Johan:

Kolej Kediaman Perwira, UTHM

 

 

Naib Johan:

Kolej Kediaman Perwira, UTHM

 

 

Ketiga:

Kolej Kediaman Perwira, UTHM

 

1.     Muhammad Muzakkir Bin Mohd Nadzri - FKEE

2.     Muhammad Yusuf Bin Marlah@Marlan - FKMP

 

 

 

 

Pameran Inovasi Hijau

 

Johan Keseluruhan

Kolej Kediaman Perwira, UTHM

 

1.     Muhammad Shafiq Bin Nizar - FKEE

2.     Raja Mohamad Arif Bin Raja Zainalabidin - FKMP

3.     Mohammad Shaffiq Bin Mohammad Ridzuan - FKEE

4.     Izat Mustaqim Bin Rosli - FKEE

5.     Mohd Shafie Bin Nemmang - FKAAS


 

Dalam KKL 2015 ini menyaksikan pelbagai pasukan mengambil bahagian mewakili UKM, UM, UTM, UPM, UPSI, UIAM, UTHM, UCAM, UniMAP dan IPG Kampus Sultan Mizan. Ruang pameran inovasi hijau oleh KK Perwira UTHM dengan tema "zon kolej kediaman karbon-rendah" telah menarik ramai pengunjung atas kreativiti yang dipamerkan. Produk InoSis yang diketengahkan hasil inovasi pelajar berjaya membuka mata banyak pihak faedah yang boleh diperolehi hasil pembiakan ikan dan penanaman tumbuhan secara hidroponik, selain penghasilan tenaga menerusi sistem solar. Selain itu, beberapa produk "upcycling" menerusi tayar terpakai dan botol minuman berjaya mencuri perhatian pengunjung. Dua (2) ekor arnab peliharaan yang dibawa dari Taman Simbiosis KK Perwira juga berjaya menambat hati mereka yang hadir.

 

 

Menerusi konvensyen ini, pelbagai ucap utama dan sesi diskusi dijalankan menyarankan agar usaha yang lebih serius diambil di semua peringkat berkaitan isu kelestarian. Apa yang jelas, kejayaan pelajar KK Perwira UTHM ini juga menzahirkan komitmen semua pihak dalam melahirkan mahasiswa serba boleh, seiring dengan lonjakan pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025 [PPPM (PT)] ke arah melahirkan Graduan Holistik, Keusahawanan dan Seimbang. Pastinya kejayaan ini memberikan inspirasi kepada segenap warga UTHM.

 

 

taman simbiosis uthm.jpg
 Produk InoSis yang dipamerkan berjaya menambah hati pengunjung dalam KKL 2015
 
 
karbon rendah uthm.jpg 
 Zon pameran KK Perwira UTHM yang berjaya menggondol anugerah keseluruhan Pameran Inovasi Hijau dalam KKL 2015
Last Updated ( Selasa, 19 Mei 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.