Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Anugerah Pelajar UTHM 2014 Tekankan Impak Program
Anugerah Pelajar UTHM 2014 Tekankan Impak Program Print E-mail
Hear this article

 majlis-anugerah-pelajar-uthm-2014.jpg

 

Bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar, persatuan dan kelab yang menunjukkan prestasi cemerlang, satu Majlis Anugerah Pelajar (AP 2014) anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) di bawah HEPA telah diadakan pada 8 Mei lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM.

 

Selain memberi penganugerahan dan pengiktirafan di peringkat universiti kepada para pelajar yang telah bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum, beberapa kriteria baru juga ditekankan dalam menilai pencalonan yang dikemukakan iaitu tahap impak hasil daripada penganjuran sesuatu program selain keupayaan menjana sumber kewangan bagi membiayai pelaksanaan aktiviti tersebut. Melalui majlis ini ia dapat memberi  sokongan dan dorongan kepada persatuan/kelab untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan / kelab masing-masing dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, pelaksanaan program serta pembangunan ahli.

 

Majlis yang bertemakan budaya tradisional mempertandingkan sebanyak 15 kategori iaitu Anugerah Program Terbaik (Akademik), Anugerah Program Terbaik (Rekreasi), Anugerah Program Terbaik (Khidmat Masyarakat/Sosial/Kebajikan), Anugerah Program Terbaik (Kebudayaan dan Kesenian), Anugerah Program Terbaik (Latihan dan Kepimpinan), Anugerah Program Terbaik (Keusahawanan), Anugerah Program Terbaik (Inovasi), Anugerah Pemimpin Harapan, Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik, Anugerah Pemimpin Pertubuhan Pelajar Terbaik, Anugerah Pengarah Program Terbaik, Anugerah Pasukan Kebudayaan Terbaik dan Anugerah Seni Budaya Terbaik.

Malam tersebut juga menyaksikan penyampaian Anugerah Rakan HEPA dan Anugerah Khas TNC (HEPA) di mana pelajar dipilih oleh Ketua- ketua PTJ dibawah HEPA dan Timbalan Naib Canselor HEPA berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu.  Turut berlangsung pada malam tersebut adalah penyampaian watikah Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2014/2015 yang diketuai oleh Yang DiPertua MPP, Abdul Hannaan Khairy. Bagi memeriahkan lagi majlis, Anugerah 'Best male/female Dress' juga diberikan pada pelajar yang hadir pada majlis tersebut.

Setiap pemenang pada majlis tersebut membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi, sijil penghargaan, wang tunai dan hadiah iringan. Seramai 400 tetamu telah hadir ke majlis tersebut termasuk wakil-wakil persatuan pelajar, kolej-kolej kediaman, pasukan beruniform dan pegawai-pegawai universiti. Majlis dimeriahkan lagi dengan iringan nyanyian solo, persembahan kugiran dan pementasan Teater "Dato' Onn" dari Unit Kebudayaan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P),UTHM.

Penganjuran majlis Anugerah Pelajar ini dapat memberi ruang pada pelajar untuk terus bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum bagi melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang sejajar dengan Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. 

 

SENARAI PEMENANG

ANUGERAH PELAJAR 2014

 

 

BIL

 

KATEGORI

 

NAMA PEMENANG

 

 

 

1.

 

 

ANUGERAH PEMIMPIN KELAB/PERSATUAN TERBAIK

 

 

MOHAMAD SYAMIR SENIN

PERSATUAN PELAJAR AWAM (PPA)

 

 

 

2.

 

 

ANUGERAH PEMIMPIN HARAPAN

 

MUHAMMAD HILMI BIN ABU BAKAR

PERSATUAN PELAJAR MEKANIKAL (PPM)

 

 

 

3.

 

 

ANUGERAH SENI BUDAYA TERBAIK

 

SITI HAFIDZAH BINTI SELAMAT

KELAB WARISAN

 

 

 

4.

 

 

ANUGERAH PENGARAH PROGRAM TERBAIK

 

MUHAMMAD AIMAN BIN ZUBIR

KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA (KKDK)

 

 

 

5.

 

 

ANUGERAH KELAB/PERSATUAN TERBAIK

 

KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA (KKDK)

             

 

 

 

6.

 

 

ANUGERAH PASUKAN KEBUDAYAAN TERBAIK

 

KELAB WARISAN

 

 

 

7.

 

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (AKADEMIK)

 

NAMA PROGRAM :

INTERNATIONAL MECHYFEST 2014

 

ANJURAN :

PERSATUAN PELAJAR MEKANIKAL

 

 

8.

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (REKREASI)

 

NAMA PROGRAM :

PROGRAM KEMBARA SAMUDERA (II) WHITE WATER RAFTING

 

ANJURAN :

KELAB KEMBARA

 

 

9.

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (KHIDMAT MASYARAKAT / SOSIAL / KEBAJIKAN)

 

NAMA PROGRAM :

SEUNTAI KASIH BANDUNG

 

ANJURAN :

KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA (KKDK)

 

 

10.

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (KEBUDAYAAN DAN KESENIAN)

 

NAMA PROGRAM :

KEJOHANAN RAKAN WAJADIRI SILAT CEKAK HANAFI

 

ANJURAN :

KELAB SILAT CEKAK HANAFI

 

 

 

11.

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (LATIHAN DAN KEPIMPINAN)

 

NAMA PROGRAM :

KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN & PENGURUSAN ORGANISASI

 

ANJURAN :

SEKRETARIAT ALUMNI MAHASISWA UTHM (UTHMAS)

 

 

12.

 

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (KEUSAHAWANAN)

 

 

 

NAMA PROGRAM :

GARAGE SALE UTHMAS

 

ANJURAN :

SEKRETARIAT ALUMNI MAHASISWA UTHM (UTHMAS)

 

 

13.

 

ANUGERAH PROGRAM TERBAIK (INOVASI)

 

  

NAMA PROGRAM :

PROGRAM PEMBINAAN PENTAS TERAPUNG

 

ANJURAN :

PERSATUAN PELAJAR KEJURUTERAAN AWAM

 

 

 

 


KATEGORI : ANUGERAH KHAS TNC (HEPA)

 

 

BIL

 

NAMA PENERIMA

 

KELAB/PERSATUAN/PTJ/BADAN BERUNIFORM

 

1.

Muhammad Nur Hakim bin Nordin

Yang Dipertua MPP

 

2.

Kelab Kerjaya dan Kaunseling

KKDK

 

3.

Mohd  Zulfadli bin Rozali

Pusat Sukan (Atlet Rowing)

 

4.

LTM Mohd Ikhwan bin Abu Bakar

PALAPES

 

 

 

KATEGORI : ANUGERAH RAKAN HEPA

 

BIL

 

NAMA PENERIMA

 

KELAB/PERSATUAN/PTJ/BADAN BERUNIFORM

 

1.

Kelab Sahabat 1 Malaysia

 

Kelab Sahabat 1 Malaysia

 

2.

Adenan bin Abd Manan

 

Rakan Masjid

 

3.

Muhammad Muzakkir bin Mohd Nadzri

 

Kolej Kediaman Perwira

 

 

Last Updated ( Khamis, 21 Mei 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.