Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM raih 10 Pingat dan Anugerah Khas di ITEX’15
UTHM raih 10 Pingat dan Anugerah Khas di ITEX’15 Print E-mail
Hear this article
itex2.png

KLCC, Mei 2015 - Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi satu anugerah khas, lima pingat Emas, dua pingat Perak dan tiga pingat Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 26th International Invention, Innovation, and Technology Exhibition 2015 (ITEX'15) yang berlangsung pada 21 hingga 23 Mei lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

UTHM telah meraih satu anugerah khas yang dimenangi oleh Encik Fakri Othman dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat . Manakala lima pingat emas diperolehi melalui hasil penyelidikan yang diketuai oleh Encik Fakri Othman dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Profesor Madya Dr. Abd. Mutalib Leman dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Profesor Madya Dr. Saidin Wahad dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Dr. Mohd Ezree Abdullah dan Dr, Kamaruddin Ambak dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar.

 Lebih dari 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan peserta-peserta daripada Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Korporat, Agensi-Agensi Kerajaan, Persatuan-Persatuan Inovasi, dan individu perseorangan. Pertandingan ini juga mendapat penyertaan daripada pelbagai negara seperti Iran, Korea, Poland, Russia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China dan Hong Kong.

Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada negara luar selain agensi yang menilai melalui beberapa aspek seperti keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan.

Pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak luar bagi membantu mengkomersilkan penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklumbalas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh semua pihak untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan dalam ITEX 2015 serta semua pihak yang turut sama membantu menjayakan pertandingan ini.
Last Updated ( Ahad, 24 Mei 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.