Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Juara Pertandingan Pidato Semarak Patriotik 2015 peringkat Negeri
UTHM Juara Pertandingan Pidato Semarak Patriotik 2015 peringkat Negeri Print E-mail
Hear this article


BatuPahat: Peserta Pidato, Nur Faizura Ahmad yang menganggotai badan beruniform Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (SISPA UTHM) meraih gelaran Juara bagi Pertandingan Pidato Semarak Patriotik 2015 peringkat Negeri Johor yang diadakan pada 23 hingga 25 Mei lalu anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor.

Pertandingan pidato ini merupakan yang pertama seumpamanya dianjurkan di Malaysia membawa tema “Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Telah berlangsung di Dewan Bandar Kejora, Taman Sri Lambak, Kluang, Johor.

10 peserta telah mewakili daerah masing-masing seperti Batu Pahat, Kluang, Segamat, Ledang, Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulaijaya, Pontian. Selok belok pertandingan pidato ini mempunyai saringan pada 23 Mei 2015 dan pusingan akhir pada 25 Mei 2015 di tempat yang sama.

Nur Faizura telah membahaskan dua tajuk pidato, satu pidato yang bertajuk “Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” dan tajuk kedua secara spontan yang bertajuk “Bagaimana Mengetahui Tanda Pada Diri Sesoorang Yang Cintakan Negara?”. 

Nur Faizura menyampaikan pidato dengan penuh berkeyakinan sekaligus mengenepikan cabaran sembilan lagi peserta akhir yang mewakili setiap daerah yang mengambil pertandingan pidato ini. 

Johan telah telah membawa pulang hadiah berupa trofi, wang berjumlah RM1,500 beserta sijil. Tempat Kedua pula disandang oleh daerah Johor Bahru dengan membawa pulang trofi, wang ringgit berjumlah RM1,000 beserta sijil. Manakala tempat ketiga disandang oleh daerah Segamat dengan membawa pulang trofi, wang ringgit berjumlah RM500, beserta sijil.

Mereka yang berjaya akan pergi ke peringkat kebangsaan bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 1 dan 2 Ogos 2015 nanti.

Penganjuran pidato ini menjadi contoh terbaik dalam usaha menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Last Updated ( Isnin, 01 Jun 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.