Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kursus Instruksional Dan Pembangunan Andragogi asuh pensyarah berjiwa pendidik
Kursus Instruksional Dan Pembangunan Andragogi asuh pensyarah berjiwa pendidik Print E-mail
Hear this article

pendidik.jpg


Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional  (FPTV),  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Kursus Instruksional dan Pembangunan Andragogi (KIPA) bermula pada 17 hingg 29 Mei 2015 dengan kerjasama Bahagian Dasar Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan UTHM Holdings Sdn Bhd. 

Majlis Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Dekan FPTV, Profesor Madya Dr Razali Hassan. Seramai 50 pensyarah dari seluruh kolej komuniti di Malaysia telah mengikuti kursus ini. 

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kompetensi pensyarah kerana ianya melibatkan aktiviti yang menyumbang kepada pertambahan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan profesionalisme pegawai dalam bidang pendidikan.

Antara modul yang diajar sepanjang kursus ini adalah Micro Teaching, Pendidikan TVET, Psikologi, Profesionalisme Pensyarah, Pedagogi TVET, Andragogi dan Kecergasan Eksekutif  di mana tenaga pengajarnya terdiri dalam kalangan  warga pendidik UTHM.  

Terdapat juga sesi pengisian daripada Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK), yang memberi penerangan mengenai Organisasi Dan Budaya Kerja Kolej Komuniti (Undang-Undang & Keselamatan dan Peranan & Sumbangan Kepada Komuniti),  Struktur Pengajian Kolej Komuniti  (Bahagian Akademik & Pendidikan Berterusan dan Bahagian Peperiksaan & Penilaian), Dasar dan Halatuju Kolej Komuniti serta Pengurusan Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti.

Kursus ini memberi impak tinggi dalam melahirkan pensyarah yang kompeten dan berjiwa pendidik sekaligus membawa nama kolej komuniti sebagai peneraju TVET bertaraf dunia.

Last Updated ( Isnin, 01 Jun 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.