Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Profesor Madya Dr. Asri Selamat Dilantik Timbalan Naib Canselor (HEPA)
Profesor Madya Dr. Asri Selamat Dilantik Timbalan Naib Canselor (HEPA) Print E-mail
Hear this article
 
asri1.jpg
YBrs. Profesor Madya Dr. Asri bin Selamat
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) 
 

Profesor Madya Dr. Asri bin Selamat dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 15 Mei 2015 hingga 14 Mei 2018. Lantikan ini telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan Malaysia menurut kuasa yang diperuntukan di bawah Seksyen 12 (6) Perlembagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
  
Pelantikan ini adalah bagi menggantikan Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim yang tamat tempoh pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (HEPA) pada 14 April lalu.

Profesor Madya Dr. Asri sebelum ini merupakan Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar dan Profesor Madya di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Kepakaran beliau adalah bidang Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.  Beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan seperti Felo Kolej Kediaman, Pengetua Kolej Kediaman, Pengarah Pusat Kaunseling dan Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengukuran dan Penilaian (UTM) dan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Dunia dan Sains Politik(USM).

Mengimbas perjalanan kariernya, Profesor Madya Dr. Asri mula bertugas di UTHM pada tahun 2000 dan mula memegang jawatan sebagai Dekan sejak tahun 2010. Sebagai seorang ketua dalam bidang pembangunan pelajar beliau bertanggungjawab menyelaras, merancang dan melaksanakan pengurusan dan pembangunan pelajar secara holistik. Antaranya bidang kaunseling, kerjaya, kelab dan persatuan, badan beruniform, pembangunan sukan dan rekreasi, pembangunan kesihatan, alumni dan pengurusan Pusat Islam.  Di Fakulti Pendidikan Teknikal pula beliau bertanggungjawab menyusun dan menggubal kurikulum subjek Pengukuran dan Penilaian Pendidikan peringkat Diploma Pendidikan, Sarjana Muda dan Sarjana. 

Sebelum berkhidmat di UTHM, beliau berpengalaman luas sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Penggawa Barat, Pontian mulai 1980 hingga 1999. Beliau terlibat secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran melalui sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Sekolah Bestari. 

Di samping itu, beliau berpengalaman melatih lebih 1000 orang pendidik dalam bidang pentaksiran pendidikan. Beliau aktif menulis dan menyampaikan kuliah dalam bidang Pentaksiran Pendidikan selain aktif mengendalikan ceramah, kursus dan bengkel pembinaan dan analisis item. Antara yang pernah menjadi pelanggan beliau ialah Universiti Awam dan Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, IKBN, KKTM, MARA, ADTEC, CIAST dan juga sekolah-sekolah. 


Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang kaunseling, beliau juga aktif memberi ceramah motivasi serta program khidmat masyarakat di dalam mahupun luar negara. Sebagai contoh beliau pernah menyampaikan ceramah motivasi di Pesantren Fathul Hayat Acheh, Indonesia, Islamic Studies of Cambodia, Kemboja dan Pelajar-Pelajar Teknikal Brunai Darul Salam.  Aktiviti yang sama juga dijalankan di beberapa perkampungan di Tuaran, Kalabakan dan Semporna sewaktu dalam Program Jelajah Sabah 2009. 
 
Antara kejayaan yang diraih sepanjang berkhidmat di institusi ini, beliau pernah memenangi  Gold Medal melalui Pertandingan Research & Inovation Centre UTHM tahun 2008 dan penghargaan pengajaran terbaik Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM.  Beliau juga pernah mengetuai Ketua Makmal Grafik & Repografi, Penyelaras Program Diploma Lepasan Ijazah bidang Awam, Elektrik, Mekanikal, Hospitaliti, Matematik, Sains & Komputer dan berpengalaman luas menyelia tesis peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Beliau juga telah menghasilkan beberapa buku, jurnal dan karya terjemahan dalam bentuk monograf.  Antara buku yang ditulis ialah Panduan Pembinaan dan Analisis Item dalam bidang Aplikasi Komputer, Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Sistem Elektronik, Komunikasi Data, Pengenalan Industri Hospitaliti, Matematik, Ukur Kejuruteraan, Telekomunikasi, Pengurusan Perniagaan, Kaji Daya Bahan dan Teknologi Elektrik. 

Seluruh warga UTHM mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan berharap Profesor Madya Dr. Asri dapat memikul tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.
Last Updated ( Khamis, 11 Jun 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.