Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Menteri Besar Johor sempurnakan Progam Khidmat Masyarakat Rakan Komuniti UTHM
Menteri Besar Johor sempurnakan Progam Khidmat Masyarakat Rakan Komuniti UTHM Print E-mail
Hear this article
khalid.jpg
 
 

Johor Baharu – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin telah menyempurnakan Majlis Perasmian program khidmat masyarakat ‘University-Community Engagement’ (UCE) anjuran  Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diadakan pada 6 Jun lalu bertempat di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor.

Program khidmat masyarakat melalui ‘University-Community Engagement’ (UCE) ini merupakan satu platform sosial untuk membina serta membentuk kualiti insan yang berjati diri, prihatin dan mempunyai semangat kekitaan. Matlamat utama program ini ialah untuk meningkatkan dan memantapkan lagi kemahiran insaniah pelajar, merapatkan jurang antara pelajar dan masyarakat, di samping membuka peluang untuk pelajar menyumbangkan ilmu dan kemahiran untuk dimanfaatkan secara bersama.

Kira-kira 1000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Sambutan Ulangtahun Projek Rakan Komuniti ini yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Jun lalu. Turut hadir Profesor Dr Hashim Saim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Tuan Md Zaa’nal Misran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Tuan Hj Sidek Jaafar dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor. 

Pusat Kokurikulum turut berkerjasama bersama Pejabat Menteri Besar Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Johor dalam menganjurkan program ini. Majlis perasmian tersebut juga menyaksikan Menteri Besar Johor merasmikan Kiosk Niaga yang diserahkan kepada Koperasi Taman Cendana dan Rumah Komuniti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, di samping turut melancarkan Buku Khidmat Komuniti Siswa UTHM.
 
cendana.jpg
 
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tiga hari program berlangsung ialah Program Anak Angkat, Majlis Yasin dan Tahlil Perdana, Seminar Keusahawanan, Bengkel Motivasi Tuisyen, Gotong-royong Perdana, Senamrobik, dan Seminar Seni Pertahanan Diri. Beberapa kursus juga telah dilaksanakan sebelum ini iaitu Seminar Pengurusan Kos Sara Hidup dan Kursus Katering Masakan Indo kepada komuniti Taman Cendana. 

Bertemakan “Transformasi Komuniti, Mahasiswa Berkualiti”, seramai 143 pelajar dari kursus khidmat masyarakat dan lima orang pensyarah telah bertungkus lumus dalam memastikan program ini menjadi satu kenyataan bagi mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat dan warga universiti. Menteri Besar Johor dalam ucapannya menyatakan tema program ini memang sangat bertepatan dengan wujudnya University-Community Transformation Center (UCTC) sebagai konsep pemindahan ilmu daripada universiti kepada komuniti sekitarnya. 

Projek Rakan Komuniti yang dijalankan secara one-off ini berbeza dengan program khidmat masyarakat yang lain kerana projek ini dijalankan selama lebih setahun dan akan diteruskan di tempat-tempat yang berbeza pada masa akan datang. Selain itu, projek ini juga turut memberi penekanan kepada elemen-elemen seperti kepimpinan, kesukanan, kebudayaan, pendidikan, kebersihan, keselamatan, kerohanian, kemahiran, infrastruktur dan keusahawanan. 
Last Updated ( Khamis, 11 Jun 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.