Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Seminar Bakat Sofbol tarik minat peserta
Seminar Bakat Sofbol tarik minat peserta Print E-mail
Hear this article
sofbol.jpg 
 
Batu Pahat : Bagi melahirkan lebih ramai pemain Sofbol pada masa hadapan, satu seminar telah diadakan pada 23 Mei lalu bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 

Program anjuran Kursus Kokurikulum, Sukan dan Kecergasan, Pusat Kokurikulum UTHM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat ini menampilkan penceramah jemputan, Mohd Hanafi Mohd Yaasin dari Persatuan Sofbol Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau dalam bidang sukan ini.

Seminar yang diadakan ini merupakan satu projek bagi memenuhi aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam kursus berkredit bagi mahasiswa di UTHM. 

Seminar ini memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk bermain Sofbol dengan menggunakan teknik yang betul. Seminar  ini juga dilaksanakan  untuk para  pelajar merasai pengalaman dan pembelajaran baharu baru di luar bilik kuliah sambil memberi peluang kepada peserta luar lebih mengenali dan mengetahui corak permainan sukan ini dengan baik.  

Seminar Bakat Sofbol turut meliputi teori dan praktikal dan antara aktiviti yang menarik minat peserta adalah kemahiran menangkap dan memukul kerana mengetahui teknik yang betul amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan. 

Seminar ini berjaya mendapat sambutan yang tinggi dalam kalangan pelajar UTHM dan sekolah-sekolah sekitar daerah Batu Pahat tambahan pula penyertaan adalah secara percuma. Selain itu, program ini adalah sebagai program amal untuk masyarakat kerana selain pelajar UTHM, pelajar-pelajar sekolah juga turut diundang sebagai peserta.

Pengarah program, Muhammad  Zamir Sumri berkata penganjuran seminar ini merupakan satu pengalaman baru kepada beliau dan ahli jawatankuasa yang lain memandangkan mereka sebelum ini tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang teknik bermain sofbol dengan betul.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Profesor Madya Nawawi Jusoh, Ketua Jabatan Keusahawanan, Daya  Usaha  Dan  Inovasi  Dan  Sastera Liberal, selaku wakil Rasmi Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM.

Last Updated ( Isnin, 15 Jun 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.