Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 20 pelajar UTHM ke Negara Matahari Terbit - tingkat penguasaan Bahasa Jepun
20 pelajar UTHM ke Negara Matahari Terbit - tingkat penguasaan Bahasa Jepun Print E-mail
Hear this article

uthmmobiliti.png
20 pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sertai program Mobiliti Pelajar ke Jepun bagi mempertingkatkan lagi penguasaan Bahasa Jepun  yang dipelajari sebelumnya di institusi ini. Mereka diterbangkan ke negara matahari terbit itu selama sembilan hari bagi merebut peluang memperluaskan lagi penggunaan Bahasa Jepun dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirangka sepanjang program.
 
Program mobiliti dengan kerjasama Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan dan  Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar ini diisi dengan beberapa aktiviti yang menuntut para pelajar untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan ke Kampus Kejuruteraan, Universiti Yamaguchi (YU), Ube, di mana para peserta diberi penerangan mengenai kemudahan pengajaran dan pembelajaran oleh duta-duta pelajar YU yang terdiri daripada pelajar-pelajar pelbagai negara.
 
Selain itu peserta juga turut mengadakan perbincangan ilmiah bersama pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di YU. Dengan kerjasama YU juga, para peserta telah ditempatkan bersama keluarga angkat selama dua hari melalui program homestay, dan mereka didedahkan dengan cara kehidupan seharian masyarakat Jepun. 

Di samping itu, mereka turut mengambil peluang mempraktikkan penggunaan Bahasa Jepun bersama keluarga angkat masing-masing. Program homestay yang dianjurkan telah mendapat maklumbalas  positif dari keluarga-keluarga angkat yang menyertai program ini. Mereka turut memberi pujian kepada usaha para perserta yang bersungguh-sungguh menggunakan Bahasa Jepun dan juga keupayaan mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat di sana dalam masa yang singkat.

Turut diselitkan, aktiviti lawatan ke Universiti Osaka (OU) yang melibatkan lawatan interaktif ke dua fakulti iaitu Fakulti Sains dan Fakulti Persuratan. Dalam rangka lawatan tersebut para peserta  diberi maklumat berkaitan program pengajian yang ditawarkan di kedua-dua fakulti terbabit dan juga peluang koloborasi akademik yang sedia ada.

Program ini secara keseluruhannya telah mencapai objektif utamanya iaitu menerapkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar yang hanya dapat diaplikasi melalui aktiviti-aktiviti di luar ruang kuliah.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.