Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow PM Sr Dr Wan Zahari peroleh pengiktirafan kepakaran daripada BOVAEA
PM Sr Dr Wan Zahari peroleh pengiktirafan kepakaran daripada BOVAEA Print E-mail
Hear this article


Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, Malaysia (Board of Valuers, Appraiser and Estate Agents, Malaysia) telah memberi pengiktirafan kepakaran dalam bidang pengurusan harta tanah kepada Profesor Madya Sr. Dr Wan Zahari Wan Yusoff daripada Jabatan Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), UTHM. 

Pengiktirafan ini diberi selepas beliau melepasi ujian tahap kecekapan professional (Test of Profesional Competence) dalam profesion pengurusan harta tanah yang dikendalikan oleh badan profesional ini pada 28 Julai lalu. Pengiktirafan ini membawa gelaran sebagai Penilai Berdaftar (Registered Valuers), Ejen Harta Tanah Berdaftar (Registered Estate Agents) dan Pengurus harta Tanah Profesional. Ketiga-tiga bidang ini merupakan bidang utama dalam profesion harta tanah dan membolehkan beliau menjalankan praktis serta menjadi perunding harta tanah berlesen.

BOVAEA adalah badan utama yang mengawal perjalanan profesion harta tanah di Malaysia ditubuhkan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia dan beroperasi di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia, 1981. Ahli Lembaga BOVAEA dianggotai oleh pemain-pemain utama dalam profesion harta tanah daripada sektor awam dan swasta di Negara ini. 

Pengiktirafan ini dapat meningkatkan lagi kredibiliti program Pengurusan Harta Tanah serta dapat menarik lebih ramai lagi para pelajar seluruh Negara mengikuti program ini di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, UTHM.

Untuk Rekod, Profesor Madya Sr Dr Wan Zahari sebelum ini turut mendapat pengiktirafan daripada The Royal Institutions of Surveyors, Malaysia (RISM) pada tahun 2007 yang membawa gelaran Sr iaitu dalam bidang Property Management, Valuation & Estate Agency Surveying (PMVS) division.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.