Login | FAQs | About UTHM Portal
Pengenalan Print E-mail
Hear this article
PENGENALAN KAMPUS PAGOH

 
Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan pembangunan Hab Pendidikan Pagoh yang melibatkan UTHM, UTM, UIAM dan Politeknik. Bagi UTHM, entiti akademik yang akan berpindah ke Hab Pendidikan Pagoh ialah FTK, FSTPi dan PPD. 

Sebagaimana kebanyakan universiti di seluruh dunia, UTHM telah bermula sebagai universiti yang memberi tumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran. Sehingga kini universiti telah menjalankan sebanyak 9 program di peringkat diploma dan 42 program di peringkat sarjana muda yang meliputi lapan buah fakulti dan satu pusat pengajian.

Fakulti Sains, Teknologi Dan Pembangunan Insan (FSTPi), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) dan Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah memulakan pengambilan pelajar di kampus UTHM Parit Raja dan dijadual akan berpindah ke kampus UTHM Pagoh pada Jun 2016. FTK menawarkan 12 program akademik, FSTPi menawarkan 5 program akademik dan PPD menawarkan 9 program akademik.

Buat masa ini FSTPi menggunakan kemudahan dan peralatan sedia ada berdasarkan peruntukan pengurusan universiti semasa. FTK dan PPD pula menggunakan kemudahan dan peralatan secara guna sama dengan fakulti-fakulti kejuruteraan di universiti. FTK juga mempunyai makmal dan peralatan sendiri yang dibeli melalui peruntukan universiti dan MTUN.

MENJALANKAN TUGAS PENGARAH KAMPUS UTHM KAMPUS PAGOH
PROF. DATO’ DR. ABDUL RAZAK BIN HJ. OMAR


HUBUNGI KAMI

UTHM KAMPUS PAGOH
PAGOH MUAR JOHOR

Last Updated ( Ahad, 27 September 2015 )
 
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour

Last Update

Last update:
27 February 2017 14:38
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.