Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin dilantik semula terajui UTHM
Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin dilantik semula terajui UTHM Print E-mail
Hear this article
 
 Vice-Chancellor UTHM Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin

Batu Pahat, 15 Oktober 2015 - Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 16 Oktober 2015.

Pelantikan ini dibuat oleh Menteri Pendidikan Tinggi berdasarkan pencapaian cemerlang beliau dalam perkhidmatan setelah tujuh tahun menerajui UTHM. Ini adalah penggal perkhidmatan yang keempat bagi Mohd Noh menyandang jawatan berkenaan sejak pelantikan pertama pada tahun 2008, dan dilantik semula pada 2011 dan 2013.

Mohd Noh anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini memiliki ijazah dalam bidang fizik daripada Universiti Gadjah Mada, Indonesia serta Sarjana (Sains) dalam bidang ‘Solid State Physics’ daripada Bedford College, University of London dan Doktor Falsafah dalam bidang ‘Experimental Solid State Physics’ daripada Imperial College London.

Pada ketika ini beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sebelum ini Mohd Noh pernah menjadi Naib Canselor di Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beberapa kejayaan universiti telah direkodkan antaranya peningkatan pelajar dari sekitar 8000 pada tahun 2008 kepada hampir 17 000 pada tahun 2015. Mohd Noh juga merupakan perintis kepada cadangan pembukaan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh yang kini dalam 64% pembinaan dengan jangkaan kemasukan pelajar pertama pada September 2016.

Selain itu, UTHM turut mendapat pengiktirafan lima bintang bagi kriteria pengajaran, fasiliti dan juga inovasi di dalam Audit Quacquarelli Symonds (QS) Star Rating, iaitu satu organisasi pengauditan universiti yang terkenal melalui QS World Ranking. Penarafan lima bintang yang diumumkan pada 16 Disember 2014 lalu merupakan satu kejayaan besar kepada UTHM sekali gus membuktikan bahawa hasil bimbingan beliau sebagai Naib Canselor selama ini mula membuahkan hasil.

UTHM turut membuktikan keunggulannya dalam menerajui pengajian kejuruteraan dan teknikal di negara ini apabila subjek Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan kendalian Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) telah tersenarai dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking dan berada di tangga 201 hingga 300 terbaik di peringkat dunia.

Seluruh warga UTHM mengucapkan tahniah di atas penyambungan pelantikan Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin sebagai Naib Canselor UTHM. Semoga beliau terus diberi kekuatan, kesihatan dan kesejahteraan untuk menerajui universiti ini ke tahap yang lebih gemilang. ~ Technically Above The Rest

Last Updated ( Selasa, 12 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.