Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow 30 Mahasiswa sertai Khidmat Masyarakat “Masih Ada Yang Sayang ke Vietnam”
30 Mahasiswa sertai Khidmat Masyarakat “Masih Ada Yang Sayang ke Vietnam” Print E-mail
Hear this article

khidmatbaktiuthm.jpg
Seramai 30 orang mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terpilih menyertai program khidmat masyarakat “Masih Ada Yang Sayang ke Vietnam” anjuran Kelab Kaunseling dan Kerjaya dan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar  yang akan diadakan pada 8 hingga 12 November ini.

Bagi melancarkan perlaksanaan program ini, satu majlis pemberian sumbangan telah diadakan pada 28 Oktober lalu bertempat di Perkarangan Foyer, Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Asri Selamat hadir menyempurnakan majlis pemberian sumbangan ini. Turut hadir, Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Profesor Madya Dr. Lokman Hakim Ismail.

Majlis dilangsungkan dengan upacara menandatangani borang pengesahan penerimaan sumbangan yang diserahkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Wanita Darul Sakinah, Pasir Gudang, Ustazah Hajah Zuhorah Ahmad dan diterima oleh Pegawai Psikologi merangkap Pegawai Penasihat Kelab Kaunseling dan Kerjaya, Encik Syahrul Nizam Lukman.

Sumbangan adalah berupa wang tunai bernilai RM1500.00 serta 35 hamper bagi golongan dewasa dan 60 buah hamper bagi kanak-kanak. Sumbangan lain termasuk tuala, makanan kering, makanan dalam tin, sepasang baju kanak-kanak dan makanan tambahan.

Program Khidmat Masyarakat ke Vietnam ini diadakan bertujuan untuk mendekati dan membantu komuniti Islam dan golongan miskin yang memerlukan di sana. Program ini juga sebagai pendedahan kepada mahasiswa bagi mengembangkan minda mengenali budaya luar di samping membina hubungan baik antara masyarakat di negara luar dan bekerja secara efektif bersama ahli kumpulan.

Penganjuran program yang mencecah perbelanjaan hampir RM36105.00 ini tidak menggunakan sebarang peruntukan universiti sebaliknya menggunakan wang tajaan daripada pihak luar dan hasil tabungan daripada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pelajar seperti membasuh kereta, menjual makanan, mengadakan bengkel untuk kelab-kelab di bawah naungan UTHM serta kutipan derma.

Last Updated ( Rabu, 04 November 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.