Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pemilihan MPP UTHM 2015 lancar
Pemilihan MPP UTHM 2015 lancar Print E-mail
Hear this article
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlangsung pada 29 Oktober lalu berjalan lancar dengan mencatatkan bilangan pengundi seramai 7918 (55.55%) daripada jumlah keseluruhan 14 273 pengundi yang layak mengundi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Asri Selamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP UTHM berkata pilihanraya kali ini menyaksikan seramai 25 calon bertanding bagi merebut 11 kerusi umum dan 42 calon lagi merebut 22 kerusi fakulti. 

“UTHM antara universiti yang mencatatkan jumlah calon bertanding paling ramai iaitu sebanyak 67 orang sekaligus menjadikan senario pemilihan MPP kali ini lebih meriah dalam usaha merealisasikan demokrasi ,” katanya.

Beliau melihat mahasiswa yang majoritinya daripada bidang kejuruteraan semakin berani tampil ke hadapan untuk bersuara tetapi dalam masa yang sama mereka tetap mengikut saluran yang betul. Bagaimanapun beliau amat berharap calon-calon yang berjaya dapat menggalas tanggungjawab dalam menyuarakan hasrat pelajar dengan penuh berhemah dan bijaksana.

Semasa proses pemilihan tersebut, pihak universiti menyediakan 15 pusat pengundian bagi memudah dan menggalakkan lagi pelajar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Proses pemilihan yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang dilaksanakan secara e-voting bagi memberi kemudahan kepada pelajar untuk mengundi.

Pengumuman keputusan pilihanraya yang dilakukan sekitar pukul 5.00 petang pada hari yang sama  menyaksikan pelajar dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Anuarul Syamil Mohammed Saufee menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 5150 untuk Kerusi Umum. Manakala Kerusi Fakulti pula menyaksikan Mohamad Azuan Aziz Satar, juga dari fakulti sama menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 878. ~ Technically Above The Rest
Last Updated ( Selasa, 12 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.