Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Diiktiraf Empat Universiti Terbaik Dalam “MOHE Entrepreneurship Awards 2015”
UTHM Diiktiraf Empat Universiti Terbaik Dalam “MOHE Entrepreneurship Awards 2015” Print E-mail
Hear this article
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mendapat pengiktirafan antara empat universiti terbaik daripada 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia dalam melaksanakan aktiviti pembudayaan keusahawanan melalui “MOHE Entrepreneurship Awards 2015” yang diadakan pada 4 November lalu bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Berikutan kejayaan tersebut, UTHM telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta sijil pengiktirafan.

Pertandingan ini bermula pada Julai lalu yang menuntut semua IPTA melalui tiga peringkat penilaian iaitu saringan, pembentangan dan akhir sekali hanya empat IPTA di pilih untuk melalui proses Audit yang dijalankan bermula dari 27 Oktober hingga 1 November lalu. Setiap IPT terlibat dinilai berdasarkan lima aspek iaitu Persekitaran Institusi yang mendorong kepada pembangunan keusahawanan, kesan terhadap program  keusahawanan, penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan, staf yang inovatif dalam pembangunan keusahawanan dan Pendidikan keusahawanan yang inovatif.

Kejayaan ini adalah hasil inisiatif dan usaha Pusat Perniagaan dan Keusahawanan yang diterajui oleh Profesor Madya Dr. Wan Fauziah Wan Yusoff dalam membangunkan aktiviti keusahawanan di UTHM, bukan sahaja untuk pelajar dan warga universiti malahan masyarakat setempat. 

Kemenangan ini juga telah disokong oleh pelbagai pihak terutama Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) yang sentiasa menyalurkan dana  aktiviti keusahawanan kepada UTHM,  ekosistem universiti terutama sokongan dari pihak Pengurusan tertinggi, Pusat  Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), fakulti, staf dan juga pelajar UTHM.  

Untuk rekod, Pusat Perniagaan dan Keusahawanan yang secara rasminya ditubuhkan pada 19 Februari 2013 telah dijadikan sebagai “One Stop Centre” bagi menguruskan aktiviti perniagaan  dan keusahahawanan di UTHM. Ianya merangkumi aktiviti perniagaan yang dijalankan di kampus UTHM, aktiviti pembangunan keusahawanan mahasiswa, staf, komuniti serta aktiviti latihan dan perundingan keusahawanan.

Diharapkan pengiktirafan ini akan membawa pelbagai lagi kejayaaan dan pengiktirafan di masa akan datang. Secara tidak langsung ianya dapat menjadikan UTHM sebagai IPTA yang cemerlang dalam melahirkan graduan yang berjaya khususnya dalam bidang keusahawanan. ~ Technically Above The Rest
 
 
Last Updated ( Selasa, 12 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.