Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pegawai Kebudayaan UTHM Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2015
Pegawai Kebudayaan UTHM Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2015 Print E-mail
Hear this article

 

puisiuthm3.jpgpuisiuthm1.jpg

puisiuthm2.jpg 

 

Membawa Puisi ‘Isilah Kemerdekaan Ini ” dari Antologi Lentera Zaman,karya A. Rahim Abdullah, Pegawai Kebudayaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Muhammad Shahrin Haron dinobatkan sebagai  Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) Peringkat Kebangsaan Ke 29 yang berlangsung pada 16 dan 17 Oktober lalu bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Muhammad Shahrin yang merupakan staf Unit Kebudayaan dan Warisan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar  sebelum ini meraih gelaran Johan di peringkat negeri sekaligus mewakili negeri Johor ke pertandingan peringkat Kebangsaan.

Beliau menewaskan 18 peserta yang mewakili seluruh negeri serta Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Universiti Awam Malaysia dan Institusi Perguruan Malaysia. Pertandingan ini telah dihakimi oleh Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zuriah Hassan, Datuk Dr. Rahman Shaari, Profesor Dr. Lim Swee Tin, Hamzah Hamdani (Ketua Juri) dan Marzuki Ali.

Johan SDPK menerima Wang Tunai RM5,000.00 berserta Piala iringan, sijil dan Piala Pusingan Tun Ghafar Baba mantan Timbalan Perdana Menteri. Naib Johan disandang oleh Safwan Mohd Yusof pelajar (UKM) mewakili Universiti Awam Malaysia, membawa pulang wang tunai RM3,000.00  berserta piala iringan dan sijil . Tempat Ketiga pula disandang oleh wakil Negeri Sembilan, Fairuzan Abdul Majid membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.00 , piala iringan dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Che Azemi Haron. Turut hadir Ketua Satu GAPENA, Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latif Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Sallehuddin Abang Shokeran.

Muhammad Shahrin juga turut diundang dalam rancangan “Assalamualaikum” siaran TV Al Hijrah bagi menceritakan pengalaman beliau atas kemenangan yang diraih. Sayembara tersebut telah dibawa secara langsung oleh MY Suara TV selain menerusi You Tube-Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat kebangsaan ke 29.

Program Anjuran Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara (JKKN) ini turut dihadiri 30 orang pelajar UTHM yang terdiri daripada Aktivis Pemuisi dan Dramatis UTHM. Mereka juga menghadiri bengkel Deklamasi Puisi dan lawatan Ke Rumah GAPENA serta Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Last Updated ( Rabu, 11 November 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.