Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Mega Mobile Fiesta Boot Sales UTHM 2015 bakal cipta rekod baru dalam Malaysia Book of Record
Mega Mobile Fiesta Boot Sales UTHM 2015 bakal cipta rekod baru dalam Malaysia Book of Record Print E-mail
Hear this article

  car-boot-sales-uthm.jpg

Mega Mobile Fiesta Boot Sales Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2015 yang akan diadakan pada 25 dan 26 Disember nanti dijangka bakal mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Record dengan gelaran “THE LARGEST GATHERING CARBOOT SALES IN MALAYSIA”.

Bagi menjayakan misi itu, UTHM turut bekerjasama dengan REC Development Sdn. Bhd., Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Gabungan NGO Negeri Johor dan Yayasan Perdana Ummah untuk mengadakan program himpunan Carboot Sales terbesar ini.

Justeru, satu majlis pra pelancaran telah diadakan pada 31 Oktober lalu dan telah disempurnakan oleh Datuk Rizal Mansur, Pengerusi Yayasan Perdana Ummah merangkap Pegawai Khas kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Majlis Pra Perlancaran tersebut dimeriahkan dengan penyertaan 150 buah kereta yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian kanak-kanak, buku-buku rujukan dan novel, makanan serta barangan terpakai dengan harga yang rendah.

 Himpunan Carboot Sales tersebut telah berjaya menarik lebih 600 pengunjung memenuhi tapak fiesta yang diadakan di Padang Kawad UTHM bermula seawal 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Kehadiran lima ‘food truck’ yang menyediakan juadah kepada tetamu jemputan dan dif-dif kehormat secara percuma turut menjadi tarikan selain pertandingan dalam kalangan peserta untuk merebut gelaran “Carboot paling Awal”, “Carboot paling Inovatif” dan “Carboot paling Wow”.

Hadir sama ke majlis tersebut Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat), Profesor Dato’ Dr Abd Razak Omar selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM serta Ketua Biro Majlis Gabungan NGO Negeri Johor, Tuan Haji Abdullah Md Yusof.

Turut diadakan, upacara menandatangani perjanjian persefahaman antara UTHM dengan Majlis Gabungan NGO Negeri Johor dan REC Development Sdn. Bhd. bagi membentuk satu kerjasama dalam merealisasikan pelaksanaan Program Mega Mobile Fiesta Boot Sales UTHM 2015 nanti.

Mega Mobile Fiesta Boot Sales diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang aktiviti keusahawanan khususnya kepada pelajar UTHM dan masyarakat sekitar Batu Pahat. Program ini dijangka berupaya menyatukan pelajar dan usahawan ’mobile’ pelbagai barangan terpakai, produk dan perkhidmatan di samping mewujudkan jaringan dan kerjasama dalam inovasi produk dan perkhidmatan.

Secara dasarnya, Program Mega Mobile Fiesta Boot Sales UTHM 2015 adalah satu inisiatif bagi usahawan-usahawan yang mempunyai kiosk bergerak seperti kereta, van, lori kecil makanan dan motosikal untuk mendapatkan platform perniagaan bagi menjual barangan terpakai, produk dan perkhidmatan. Program ini menyasarkan penyertaan sejumlah 1,000 kenderaan berkumpul dan menjalankan aktiviti penjualan barangan terpakai sepanjang dua hari program berlangsung dan kejayaan ini akan dimasukkan dalam THE MALAYSIAN BOOK OF RECORDS.

Last Updated ( Khamis, 12 November 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.