Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Q-PPD raih Anugerah di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan
Q-PPD raih Anugerah di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan Print E-mail
Hear this article
Kumpulan Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih Anugerah Emas Tiga Bintang dan Anugerah 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan 2015 sekali gus melayakkan kumpulan ini mewakili negara dalam International Exposition on Team Excellence 2016 akan datang.

Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan 2015 yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 2 hingga 4 November lalu merupakan acara tahunan bagi Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2015 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). 

Peserta konvensyen ini terdiri daripada kumpulan terbaik dalam kalangan pemenang Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence peringkat wilayah. Sebanyak 74 buah kumpulan dalam kategori sektor awam telah menyertai konvensyen kali ini. 

Kumpulan Q-PPD yang diketuai oleh Encik Eddy Irwan Shah Saadon ini melibatkan ahli-ahli iaitu Encik Sabani Mohd, Encik Muhammad Faizal Ismail, Cik Nor Faezah Adan, Puan Rafizah Mohd Hanifa, Puan Ida Aryanie Bahrudin, Encik Misbahul Muneer Abdul Rahman, Puan Rozainita Rosley dan Puan Rusnani Saji. Manakala Tuan Haji Suhaimi Makminin pula bertindak sebagai fasilitator bagi mengurus kumpulan ini.

Penyertaan UTHM dalam konvensyen ini diharap mampu menjadi penyumbang kepada keberkesanan menyelesaikan masalah di tempat kerja melalui penghasilan inovasi yang memenuhi keperluan pelanggan, peningkatan dalam produk dan perkhidmatan sedia ada bagi tujuan menjimatkan masa dan kos serta memudahkan proses kerja.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.