Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kelanasiswa UTHM raih Juara Keseluruhan dan Johan Kategori Wanita Terbaik di Baden Powell Award 2015
Kelanasiswa UTHM raih Juara Keseluruhan dan Johan Kategori Wanita Terbaik di Baden Powell Award 2015 Print E-mail
Hear this article
Kelanasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul Anugerah Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Peserta Wanita Terbaik dalam Istiadat Pembarisan dan Penganugerahan Baden Powell Award 2015 kali ke-2 yang diadakan pada 11 hingga 14 November lalu bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. 
 
Johan Keseluruhan Baden Powell Award (BPA) telah diraih oleh Nur Syafiqah Azan manakala Johan Kategori Peserta Wanita Terbaik pula diraih oleh Siti Norafiqah Adnan. 
Penganugerahan Baden Powell Award ini merupakan lencana paling tertinggi di dalam pengakap bertaraf antarabangsa. Penilaian Baden Powell Award yang merangkumi aspek keahlian, kemahiran, kepimpinan, pengembaraan serta perkhidmatan menuntut calon BPA untuk lulus kesemua aspek tersebut.

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UTHM yang menghantar calon BPA seramai 13 orang ini adalah dibawah kepimpinan Profesor Madya Dr. Hj. Mustaffa Hj. Ibrahim, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan merangkap Pesuruhjaya Daerah KLKM UTHM serta dibantu oleh Encik Norasri Ismail, Encik Abdul Hadi Zainal dan Encik Hanafi Omar, Penolong Pesuruhjaya Daerah KLKM UTHM. Manakala pasukan calon Baden Powell Award UTHM pula diketuai oleh Muhammad Fauzani Abd. Aziz.        

Untuk rekod, UTHM merupakan universiti yang mempunyai pemegang Baden Powell Award paling ramai berbanding dengan institut pengajian tinggi yang lain dengan jumlahnya kini mencecah 38 orang. Ini merupakan satu kejayaan yang besar dan boleh dijadikan sebagai pencetus semangat kepada ahli-ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) UTHM yang lain untuk terus komited. Kejayaan seperti ini diharapkan dapat menambahkan lagi jumlah pemegang Anugerah Baden Powell Award pada masa akan datang. ~ Technically Above The Rest
Last Updated ( Selasa, 12 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.