Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pelajar Kursus Kokurikulum anjur Bengkel Pengurusan Dokumen Sistem Rujukan Buku
Pelajar Kursus Kokurikulum anjur Bengkel Pengurusan Dokumen Sistem Rujukan Buku Print E-mail
Hear this article
BATU PAHAT: Pelajar Kursus Kokurikulum UQ 10101 Khidmat Masyarakat Seksyen 4 dengan kerjasama Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Khidmat Masyarakat ‘Program Pengurusan Dokumen dan Sistem Rujukan Buku’ pada 21 November lalu bertempat di Bilik Seminar Lestari 1, PTTA.

Bengkel Pengurusan Dokumen Sistem Rujukan Buku ini merupakan rangkaian aktiviti yang dilakukan bagi meneruskan kesinambungan projek jangka panjang selama dua tahun yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada 23 Mei 2014 lalu di Taman Cendana, Pasir Gudang Johor.

Bagi mencapai hasrat komuniti Taman Cendana ke arah mendapatkan pensijilan ISO 9001: 2008, elemen pergurusan dokumen dan sistem rujukan buku yang sistematik bagi perpustakaan mini di Taman Cendana adalah antara salah satu elemen penting yang diberi tumpuan.
 
Seramai 35 peserta yang terdiri daripada remaja atau pelajar sekolah menengah dari Taman Cendana telah menyertai Bengkel Pengurusan Rujukan Buku Sistematik. Sebanyak dua slot iaitu Slot Taklimat Pengurusan Dokumen / Sistem Rujukan Buku dan Perpustakaan Slot Latihan Amali Pengurusan Dokumen / Sistem Rujukan Buku dan ‘Library Tour’ telah dikendalikan oleh wakil PTTA iaitu Encik Abdul Razak Bachok, Puan Nurul Elmy Mohd Yusof dan Khairul Nasir Ibrahim.  

Manakala Slot Mini Explorasi pula dilaksanakan oleh Pelajar Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 4. Ketiga-tiga slot ini disusun secara komprehensif dengan matlamat untuk memberi pendedahan kepada golongan remaja Taman Cendana, khususnya mengenai kaedah menguruskan sistem rujukan buku dengan lebih efisyen dan sistematik selain menjelaskan dengan lebih operasional mengenai peranan mereka selaku pengguna utama perpustakaan mini.
 
Majlis Penutup program yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Ismail Roslan, ADUN Semerah, Parlimen Parit Sulong. Beliau dalam ucapannya mengucapkan syabas kepada kepimpinan Khidmat Masyarakat Seksyen 4 dan remaja dari Taman Cendana di atas komitmen penuh yang diberikan seperti yang dihasratkan oleh Menteri Besar Johor sebelum ini.

 “Program seperti ini harus diteruskan kepada perpustakaan mini di taman dan kampung lain supaya dapat membantu pengurusan rujukan buku yang lebih sistematik di perpustakaan yang diwujudkan oleh pihak kerajaan dan seterusnya memberikan faedah kepada penduduk setempat,” katanya.

Turut hadir dalam Majlis Penutup, Encik Shafie Idris selaku wakil rasmi Pengarah Pusat Kokurikulum dan Encik Khairul Nasir Ibrahim selaku wakil PTTA serta Dr. Khairunesa Hj. Isa selaku Penyelaras Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 4.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.