Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kejohanan Sepak Takraw Piala Timbalan Naib Canselor (HEPA) pupuk semangat cintakan sukan tradisi
Kejohanan Sepak Takraw Piala Timbalan Naib Canselor (HEPA) pupuk semangat cintakan sukan tradisi Print E-mail
Hear this article

Demi memartabatkan sukan tradisi, Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru dan Jemputan ASEAN UTHM - Majlis Belia Daerah Batu Pahat (MBDBP) 2015 Piala Timbalan Naib Canselor (HEPA) pada 28 November lalu bertempat di Dewan Badminton, kampus induk.

Bagi kategori jemputan ASEAN, penyertaan kejohanan ini melibatkan empat pasukan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura manakala bagi kategori bakat baru pula disertai oleh 32 pasukan sekitar negeri johor meliputi daerah Batu Pahat, Kluang, Johor Bahru, Kulai, Pontian dan Muar.

Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk memupuk semangat cintakan sukan tradisi kepada mahasiswa UTHM dan masyarakat sekitar agar sentiasa diingati dan diamalkan sebagai satu warisan bangsa.

Selain itu kejohanan ini turut mencari bakat baru dalam kalangan mahasiswa UTHM dan belia setempat untuk dijadikan pelapis kepada kejohanan peringkat tertinggi akan datang seperti Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sepak Takraw League (STL).
 
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sepak Takraw telah disempurnakan oleh Encik Azli Puddin, Pengurus Pusat Sukan UTHM. Turut hadir Encik Mohd Farid Mohd Khalid, Pengerusi Majlis Belia Daerah Batu Pahat dan Encik Jasnizam Sami, Pegawai Belia dan Sukan UTHM. ~ Technically Above The Rest

 

Last Updated ( Selasa, 12 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.