Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM Raih 15 Pingat dan Anugerah Khas Di Seoul International Invention Fair 2015 (SIIF'15)
UTHM Raih 15 Pingat dan Anugerah Khas Di Seoul International Invention Fair 2015 (SIIF'15) Print E-mail
Hear this article

tahniah siif2015 rev04.png

 

Coex, Korea, 29 Nov 2015 - Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi dua anugerah khas, tujuh pingat Emas, lima pingat Perak dan 1 pingat Gangsa dalam pertandingan Penyelidikan dan Inovasi di Seoul International Invention Fair 2015 (SIIF'15) yang berlangsung pada 25 hingga 29 November  lalu di Hall C,Coex, Seoul Korea.

 

UTHM telah meraih dua anugerah khas yang dimenangi oleh Mohd Badli Ramli mewakili ketua projek Prof. Madya Dr. Saidin Wahad dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan Profesor Madya Dr. Abd. Mutalib Leman dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan menerima anugerah Jerman HAG Award. Manakala tujuh pingat emas diperolehi melalui hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Rozaini Roslan, Dr. Kamarudin Ambak,  Dr. Noor Yasmin Zainun,  Prof. Madya Dr. Saidin Wahab (Pembentang: Saudara Mohd Badli Ramli), Dr. Saiful Azhar Ahmad Tajudin (Pembentang: Prof. Madya. Dr. Mohd Ezree Abdullah), Dr. Norshuhaila Mohamed Sunar (Pembentang: Prof. Madya. Dr. Mohd Ezree Abdullah), Prof. Madya Hasan Zuhudi Abdullah (Pembentang:En Muhammad Fakri Othman).

Lebih dari 723 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah menyertai pertandingan ini dan melibatkan peserta-peserta daripada 32 negara seperti seperti Iran, Thailand, Poland, Russia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China, Hong Kong dan lain-lain.

 

Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada negara luar selain agensi yang menilai melalui beberapa aspek seperti keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan.

 

Pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak luar bagi membantu mengkomersilkan penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan. Maklumbalas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh semua pihak untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM. 

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan dalam SIIF 2015 serta semua pihak yang turut sama membantu menjayakan pertandingan ini. ~ Technically Above The Rest

Senarai Pemenang Seoul International Invention Fair 2015 (SIIF’15)

 

Bil

Pembentang

Nama Produk

Pemilik produk

Anugerah

1

Saudara Mohd Badli bin Ramli

Smart-QB Incubator System

 

Prof. Madya Dr. Saidin Wahab

 

Special Award

2

Prof. Madya Dr. Abdul Mutalib Leman

 

Brake Pad Test Kit

 

Prof. Madya Dr. Abdul Mutalib Leman

 

Jerman HAG Award

3

Prof. Madya Dr. Rozaini Roslan

 

An Exsistence of Steady Term Form an Unsteady Mathematical Problems : Does it Exists in Our Life

Prof. Madya Dr. Rozaini Roslan

 

Emas

4

Dr. Kamarudin Ambak

 

Self-Lifted Stand For Motorcycle Safety (SMART)

Dr. Kamarudin Ambak

 

Emas

5

Dr. Noor Yasmin Zainun

 

SWID WEB (Solid Waste Illegal Dumping Web)

Dr. Noor Yasmin Zainun

 

Emas

6

Saudara Mohd Badli bin Ramli

Smart-QB Incubator System

 

Prof. Madya Dr. Saidin Wahab

 

Emas

7

Prof. Madya. Dr. Mohd Ezree Abdullah

 

Biodegradation of Malaysian Contaminated Soil Using

Dr. Saiful Azhar Ahmad Tajudin

Emas

8

Prof. Madya. Dr. Mohd Ezree Abdullah

 

Sustainable Microbial System Decolorization Agent for Industrial Textile Dyes Via Locally Isolated Pseudomonas Spp. Cells

Dr. Norshuhaila Bin Mohamed Sunar

Emas

9

En. Muhammad Fakri Othman

 

Halal Hydroxyapatite from Tilapia Fish Bone and Scale (Tila-Hap)

Prof. Madya Hasan Zuhudi Bin Abdullah

Emas

10

Prof. Madya Dr. Abdul Mutalib Leman

 

Brake Pad Test Kit

 

Prof. Madya Dr. Abdul Mutalib Leman

 

Perak

11

Prof. Madya. Dr. Mohd Ezree Abdullah

 

Portable Vehicle Can Bus Reader Fleet And Safety Management

Prof. Madya. Dr. Mohd Ezree Abdullah

 

Perak

12

En. Muhammad Fakri Othman

 

FirstClick : The Mobile DSLR Guide

En. Muhammad Fakri Othman

 

Perak

13

Saudara Narong A/L Oh Lai Ching

Gloss Paint: Produced from Industrial Waste ( Palm Oil Fly Ash, POFA)

Prof.Madya.Dr. Sia Chee Kiong

Perak

14.

Dr. Noor Yasmin Zainun

 

Impregnation Method of Producing Activated Carbon from Sugarcane Bagasse for Colour Removal

Dr. Mohd Adib Bin Mohammad Razi

Perak

15

Dr. Kamarudin Ambak

 

LOCO FEFS MOTOR

Dr. Erwan Bin Sulaiman

Gangsa

 

Last Updated ( Selasa, 12 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.