Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pelajar Aeronautik FKMP UTHM cemerlang Di Aerofest’15
Pelajar Aeronautik FKMP UTHM cemerlang Di Aerofest’15 Print E-mail
Hear this article
Pelajar Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Kumpulan ‘Zin Leben’ dinobatkan sebagai Naib Juara keseluruhan bagi Pertandingan ‘Cansat’ sempena Festival Aerofest 2015 yang diadakan di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), Nibong Tebal pada 20 hingga 22 November lalu.

Pertandingan anjuran Persatuan Kejuruteraan Aeroangkasa, USM (AEROSOC) ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai bidang Aeronautik dan Aeroangkasa yang telah dipelajari untuk diaplikasikan di dalam pertandingan ini.

Dengan motonya “meet, compete, experience” telah mengumpulkan kesemua enam universiti yang menawarkan kursus Aeronautik dan Aeroangkasa. Universiti yang terlibat adalah USM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) termasuk UTHM. Sebanyak tiga pertandingan telah dipertandingkan iaitu pertandingan ‘Glider’, pertandingan Perlumbaan ‘Quadcopter’, dan juga pertandingan Cansat (Can Satellite).

Kelab Aeronautik UTHM dengan kerjasama pelajar Mekanikal FKMP telah mengambil bahagian dengan menghantar sebanyak lima kumpulan bagi setiap pertandingan tersebut. UTHM juga tidak melepaskan peluang dengan menghantar dua kumpulan bagi pertandingan ‘Cansat’ iaitu kumpulan ‘The Curiosity’ dan kumpulan ‘Zinn Leben’ yang membawa kemenangan naib juara keseluruhan bagi pertandingan tersebut.

Manakala dua kumpulan lagi iaitu Sugar Glider dan juga Y-I pula menyertai Pertandingan ‘Glider’. Kedua – dua pasukan memberikan saingan hebat tetapi hanya mampu mendapat tempat 10 teratas daripada 17 kumpulan yang bertanding. Bagi pertandingan Perlumbaan Quadcopter pula, kumpulan Sky Rocket, FKMP berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.

Kumpulan tersebut yang mendapat sokongan penuh dari Jabatan Kejuruteraan Aeronautik dan pihak FKMP mengambil masa selama dua minggu bagi memastikan kumpulan mereka benar – benar bersedia dalam pertandingan ini. Program sebegini mendatangkan banyak manfaat dan pengalaman yang sangat berguna kepada para peserta dan dicadangkan untuk diadakan setiap tahun.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.