Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Filem Pendek “Kita Satu” tersenarai ke peringkat akhir Festival Filem Pendek & Skrip Drama Radio Kem
Filem Pendek “Kita Satu” tersenarai ke peringkat akhir Festival Filem Pendek & Skrip Drama Radio Kem Print E-mail
Hear this article

filempendekuthm.jpg
Unit Kebudayaan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tersenarai dalam pencalonan akhir Festival Filem Pendek & Skrip Drama Radio Kemerdekaan 2015 dibawah terbitan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 28 November lalu.

Unit Kebudayaan bersama Kelab Warisan, Hal Ehwal Pelajar UTHM sebelum ini telah menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk “Kita Satu” yang bertemakan “Sehati Sejiwa” iaitu tema kemerdekaan pada tahun ini. Filem pendek yang berkisar tentang suku kaum di Malaysia ini telah menambat hati juri sehingga berjaya tersenarai antara kumpulan terbaik untuk ke peringkat akhir.

Selain UTHM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan Universiti Sains Malaysia (USM) juga tersenarai di peringkat akhir kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada 40 penyertaan yang bertanding. Pemenang Filem Pendek terbaik adalah dari kumpulan ‘Darul Takzim Production’ yang juga penaung TV Selatan.  

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh.

Pengarah dan idea skrip untuk filem pendek ini ialah Encik Rosdi Abdullah dari Unit Kebudayaan manakala krew produksi terdiri daripada Cik Nur Aziemah Abdul Jalial, Encik Muhamad Uzma Radzi dan Encik Farhan Bahri.
 
Filem pendek ini telah disunting oleh Cik Nur Aziemah, pelajar UMS yang menjalani latihan industri di Unit Kebudayaan UTHM dan melibatkan pelakon seperti Mohd Azrul Farhan Abdul Hamid, Muhammad Faizul Mustafa, Shafina Sabeli,Nur Aziemah dan juga Encik Rosdi. 

Menurut Encik Rosdi, filem pendek ini terhasil semasa mengadakan bengkel ringkas sehari bersama pelajar. Percubaan menyertai pertandingan bersempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia 2015 oleh BERNAMA ini akhirnya membuahkan hasil apabila berada dalam kumpulan sembilan terbaik keseluruhan dan di tangga lima terbaik kategori IPT.
 
“Memang amat mengejutkan apabila filem pendek ini mendapat perhatian pihak juri kerana produksi yang menghasilkannya tidak menelan belanja yang besar dan tanpa sebarang kelengkapan canggih,” katanya.

Manakala ketua Hal Ehwal Pelajar, Encik Azlan Wanti pula berharap selepas ini produksi tersebut dapat menghasilkan filem pendek yang lebih berkualiti dengan menggunakan peruntukkan yang ada untuk aktiviti pelajar, kerana bagi beliau kreativiti pelajar sememangnya tidak boleh disekat dan wajar diberi sokongan padu.
Last Updated ( Ahad, 13 Disember 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.