Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow ‘UTHM Chairman Lecture Series’ kongsi pengalaman dan rahsia kejayaan tokoh korporat
‘UTHM Chairman Lecture Series’ kongsi pengalaman dan rahsia kejayaan tokoh korporat Print E-mail
Hear this article

Pejabat Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan UTHM Chairman Lecture Series (CLS) iaitu satu program syarahan yang telah diilhamkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM (LPU), Tan Sri (Dr.) Ir. Jamilus Md. Hussin.

CLS menampilkan tokoh-tokoh korporat yang akan berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka khusus untuk warga UTHM dan juga masyarakat. Mereka ini telah dipilih sendiri oleh Tan Sri (Dr.) Jamilus berdasarkan bidang kepakaran masing-masing. Mengikut perancangan, program CLS ini diadakan sebanyak enam kali setahun ataupun setiap dua bulan sekali. Bagi tahun 2015, dua siri syarahan telah berjaya dilaksanakan pada September dan Disember baru-baru ini.

Syarahan pertama telah disampaikan oleh Tan Sri (Dr.) Jamilus dengan tajuk “The Important of Practical Engineer in the Industry” pada 22 September lalu. Beliau yang turut memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan KLIA Berhad ini mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang rekabentuk, pembinaan dan pengurusan bangunan serta projek infrastruktur.

Manakala CLS siri kedua yang diadakan  pada 20 Disember menampilkan Ahmad Sha’rainon Md Shaarani yang membentangkan tajuk “Building Information Modelling In Facilities Management  Perspective.” Beliau yang kini berkhidmat sebagai Presiden ASC Kuala Lumpur Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Microcorp Technology Sdn. Bhd. mempunyai 22 tahun pengalaman kerja dalam bidang Teknologi Maklumat dan Pengurusan Fasiliti. Selain itu, beliau juga merupakan Setiausaha Persatuan Pengurusan Fasiliti Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Association of Facility Management (MAFM).

Penganjuran ‘UTHM Chairman Lecture Series’ secara bersiri ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada UTHM dan masyarakat dalam usaha mendekati dan mengenali pelbagai bidang yang menjadi tumpuan industri masa kini.

 

Last Updated ( Ahad, 20 Disember 2015 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.