Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Pasukan Mendayung UTHM bawa pulang pingat - tempa nama di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa
Pasukan Mendayung UTHM bawa pulang pingat - tempa nama di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Print E-mail
Hear this article
Paoay Lake, Laoag yang terletak di utara Filippina menjadi saksi pencapaian yang amat membanggakan bagi Pasukan Mendayung (Rowing) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di peringkat antarabangsa apabila berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan tiga pingat perak menerusi acara Lightweight Men’s Single Scull 1000m (LM1x), Lightweight Men’s Double Scull (LM2x) 1000m dan Lightweight Men,s Pairs (LM2-) 1000m.

Pendayung handalan UTHM, Mohd Zulfadli Rozali telah menyumbang dua pingat emas menerusi acara Men Single Scull dan Men’s Double Scull bersama pasangannya Mohd Arif Ashraf Mohd Rusok serta Ahmad Amzar Azman dan Mohd Aizat Md Zaini dalam acara Lightweight Men’s Pairs. Pingat perak pula disumbangkan oleh pasangan Fatin Syahirah Mohamed Yatim dan Nurasyikin Ahmad Zahir menerusi acara Women Light serta bagi acara Mens Four (M4-) dan Women Four (W4-).

Bagi Kejohanan Asean Rowing Championship 2015 yang berlangsung di Shun-yi Olympics Rowing-Canoeing Park, Beijing China, Mohd Zulfadli yang merupakan atlit tunggal UTHM bagi acara Men Single Scull telah terpilih mewakili Malaysia menjalani latihan selama sebulan pada 28 Ogos hingga 28 September lalu sebagai persediaan menyertai acara Asean Rowing Championship 2015. Zulfadhli  berjaya memperbaiki kedudukan apabila muncul tempat kedua Final B serta mendapat ranking ke lapan dari 14 negara Asia yang menyertai kejohanan tersebut.

Manakala bagi Varsity Boat Race 2015 yang berlangsung pada 10 hingga 16 Ogos lalu bertempat di Kompleks Sukan Air Putrajaya pula, Pasukan UTHM muncul pasukan Institut Pengajian Tinggi tempatan terbaik dan menduduki tempat ketiga keseluruhan serta berjaya memperbaiki kedudukan pada tahun lepas dengan membawa pulang satu pingat perak dan tiga gangsa bagi acara Ligt Weight Women’s Four (LW4-), Men’s Pair (M2-), Light Weight Men’s Double dan Light Weight Men’s Four (LM4-).
 
Pada Kejohanan ini pula, seramai tiga orang atlit UTHM telah terpilih mewakli Pasukan Malaysia iaitu Mohd Zulfadli yang telah menyumbangkan satu pingat emas menerusi acara Men Single Scull (M1X) dan satu perak bagi acara Men’s Boat Eight (M8+) bersama dengan Ahmad Husaini Ismail serta Ahmad Amzar Azman yang menyumbang satu pingat emas bagi acara Light Weight Men’s Four (LM4-).

Secara keseluruhan pencapaian Pasukan Rowing UTHM bagi tahun 2015 amat membanggakan dengan berjaya mengekalkan status kejuaraan serta memperbaiki kedudukan dengan mengumpul koleksi pingat bagi membuktikan bahawa Pasukan UTHM antara pasukan yang berjaya melahirkan atlit yang berbakat diperingkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Dorongan dan kerjasama dari pihak pengurusan universiti dan Pusat Sukan UTHM banyak membantu kejayaan Pasukan Mendayung UTHM dengan beberapa program pencarian bakat dan penganjuran sukan bagi melahirkan atlit yang berbakat besar. ~ Technically Above The Rest
Last Updated ( Selasa, 12 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.