Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow FPTV lancar “D’Faculty International Lounge” – sambut tetamu luar
FPTV lancar “D’Faculty International Lounge” – sambut tetamu luar Print E-mail
Hear this article
Bersempena sambutan International Day 2015 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlangsung pada 18 Disember lalu, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah melancarkan “FPTV International Lounge & Penyerahan Photobook Report 2014-2015” pada 20 Disember baru-baru ini bertempat di Studio Pendidikan FPTV.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dekan FPTV, Profesor Madya Dr. Razali Hassan, disaksikan oleh Timbalan Pengarah Perhubungan Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Seow Ta Wee dari Pejabat Antarabangsa UTHM, serta pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa FPTV.

Untuk rekod, FPTV kini mempunyai seramai 46 orang pelajar antarabangsa yang kesemuanya pelajar pasca ijazah. Sepanjang tahun 2015, hampir setiap bulan FPTV dikunjungi pelawat-pelawat antarabangsa yang hadir untuk membincangkan kolaborasi bersama FPTV. Justeru, "FPTV International Lounge" bertempat di Bilik Perbincangan 4, Tingkat 1 FPTV ini dijadikan sebagai tempat menunggu & berbincang para tetamu yang datang ke fakulti dan dijangka dapat berfungsi sepenuhnya menjelang tahun 2016.

Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa FPTV juga turut melancarkan penyerahan "Photobook Report 2014-2015" dan "Summary Guide" kepada Pejabat Antarabangsa UTHM di samping upacara melantik “FPTV International Student Ambassador” dalam kalangan pelajar antarabangsa. Buku berkonsepkan Coffee Table ini memaparkan koleksi laporan bergambar aktiviti-aktiviti Ahli Jawatankuasa ini sejak ianya mula ditubuhkan pada September 2014.

Turut dilancarkan, buku ‘Summary Guide’ yang memuatkan hasil kajian penulis berkenaan senario pengajaran dan pembelajaran pelajar antarabangsa dari Timur Tengah dan Afrika di UTHM. Buku ini diterbitkan secara dalaman bagi menggariskan cadangan penambahbaikan proses pengantarabangsaan kepada pihak UTHM terutamanya Pejabat Antarabangsa.  Tiga pelajar antarabangsa turut dilantik sebagai duta pelajar antarabangsa FPTV bagi menjadi wakil fakulti mengikut negara masing-masing kepada universiti.

Dekan FPTV dalam ucapannya meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian yang ditunjukkan fakulti dan universiti dalam bidang pengantarabangsaan. Antaranya ialah peranan FPTV sebagai satu-satunya pusat UNESCO-UNEVOC centre di Malaysia dan merupakan fakulti unggul yang berjaya menyemai bakti usaha perundingan serta diberi kepercayaan bank dunia untuk membantu Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Jordan.

“Memang agak sukar untuk mendapat kepercayaan pihak Agensi luar negara seperti World Bank Consultancy di Jordan. Melalui aktiviti penyelidikan di peringkat global, FPTV telah memenangi dua geran antarabangsa dari Regional Corporation Program (RCP) Germany. Justeru, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa FPTV,dengan wujudnya AJK ini aktiviti pengantarabangsaan lebih terurus dan mendapat perhatian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pejabat Antarabangsa dalam ucapannya berkata FPTV adalah fakulti pertama yang merancang dan merealisasikan “International Lounge” di UTHM,dan juga merupakan fakulti pertama mendokumentasi laporan bergambar dan menghasilkan naskhah ilmiah bagi kegunaan Pejabat Antarabangsa. Oleh yang demikian, beliau berharap agar dekan-dekan dari fakulti dan Pusat Tanggungjawab lain dapat menjadikan FPTV sebagai fakulti contoh dalam usaha menaiktaraf pengantarabangsaan di UTHM.

Pihaknya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dekan FPTV atas sokongan dan usaha murni fakulti dalam meningkatkan program pengantarabangsaan melalui aktiviti-aktiviti dan kolaborasi yang dijalankan sepanjang tahun 2014-2015 dan turut berjanji akan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada FPTV pada masa akan datang.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.