Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM dekati masyarakat Orang Asli melalui Perkongsian Ilmu
UTHM dekati masyarakat Orang Asli melalui Perkongsian Ilmu Print E-mail
Hear this article

LEDANG – Menyedari kepentingan ilmu dalam pembangunan sebuah masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Kolej Kediaman Tun Syed Nasir (KKTSN) menganjurkan program “Inisiatif Perkongsian Ilmu Bersama Orang Asli (NEXI2015)” bagi mendekati masyarakat orang asli di Perkampungan Orang Asli Sungai Mering pada 12 Disember lalu.

 Program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Muar/Ledang, Johor ini bertujuan untuk mewujudkan perkongsian ilmu dua hala dan sebagai inisiatif KKTSN yang bertindak sebagai medium perantara antara masyarakat orang asli dan mahasiswa di universiti tersebut. Program ini juga bertujuan melahirkan rasa bersyukur dan menimbulkan rasa ingin berusaha yang lebih cekal dalam kalangan peserta.

Menurut Pengarah Program tersebut, Saudara Amirul Faiz Bin Abdul Latif program yang dirancang selama hampir sebulan ini  berjaya mencapai matlamatnya melalui penganjuran aktiviti-aktiviti seperti penerokaan rimba, sukaneka rakyat, perkongsian ilmu akademik dan ramah mesra bersama orang asli. Aktiviti yang dirancang ini bukan sahaja mendapat sambutan dari peserta malah dalam kalangan penduduk setempat yang turut hadir memeriahkan program ini.

Sementara itu, menurut Penaung Program yang merupakan Pengetua KKTSN, Dr Mohd Halim Irwan bin Ibrahim, program seperti ini merupakan hasrat beliau dalam membangunkan KKTSN  yang bukan sahaja mementingkan ilmu akademik di dalam kuliah, malah pembangunan sahsiah dan moral mahasiswa di luar kuliah melalui aktiviti mendekati masyarakat setempat yang masih ketinggalan di negara ini.

“Saya percaya sekiranya program seperti ini dipergiatkan pada masa akan datang, pasti kita dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang lebih harmoni dan prihatin dengan perkembangan semasa tanpa mengabaikan kepentingan pendidikan,” tegas beliau.

Beliau juga berharap selepas ini ramai pihak tampil memberi sokongan agar matlamat penganjuran program ini berjaya dicapai pada masa akan datang.

 ~Technically Above the Rest

Last Updated ( Ahad, 10 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.