Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Kolej Kediaman Tun Syed Nasir UTHM temui Gelandangan – bantu ringankan beban
Kolej Kediaman Tun Syed Nasir UTHM temui Gelandangan – bantu ringankan beban Print E-mail
Hear this article
JOHOR BAHRU – Seramai 40 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)  menyertai program “Sehari Bersama Gelandangan” anjuran Kolej Kediaman Tun Syed Nasir  (KKTSN) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  pada 11 Disember 2015 di bandaraya ini.

Program ini merupakan inisiatif KKTSN yang bertujuan untuk mempamerkan komitmen dan usaha dalam menghargai serta membantu meringankan beban golongan gelandangan di negara ini.
Menurut Pengarah Program, Amyrul Bin Nordin usaha ini merupakan langkah awal bagi usaha-usaha khidmat siswa yang lebih baik dan pro-aktif pada masa akan datang. Menurut beliau juga, program ini dapat melahirkan mahasiswa yang prihatin dan cakna tentang isu sekeliling selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk melahirkan graduan holistik.

Program yang dirancang selama hampir sebulan oleh Majlis Kepimpinan Pelajar KKTSN ini berjaya mendapat penajaan dan sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak bagi tujuan memberi sumbangan makanan serta keperluan harian kepada para gelandangan.

Sementara itu Penaung Program merangkap Pengetua KKTSN, Dr. Mohd Halim Irwan bin Ibrahim berkata program ini dapat memberikan input ilmu tentang kehidupan seorang gelandangan dan melahirkan rasa bersyukur dalam kalangan mahasiswa.

“Program sebegini sebenarnya perlu dipergiatkan oleh mahasiswa kerana mereka merupakan pemimpin generasi masa hadapan.  Penganjuran program ini dapat membentuk mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berjiwa murni dan prihatin dalam membangunkan negara,” katanya.

Program ini bukan sahaja bertujuan bagi meringankan beban para gelandangan di bandaraya ini, malah dapat membantu JKM mendapatkan data dan maklumat berkaitan gelandangan melalui pengedaran borang kaji selidik kepada golongan ini. Melalui data ini, gerak kerja bagi mendalami dan menyelesaikan kebanjiran gelandangan ini dapat dicapai.

Diharapkan pada masa akan datang program sebegini akan dipertingkatkan dan mendapat perhatian masyarakat agar nasib para gelandangan ini dapat dibela dan dipelihara. ~ Technically Above The Rest
Last Updated ( Selasa, 12 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.