Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fakulti temukan warga Universiti dengan Tokoh Korporat Tempata
Program Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fakulti temukan warga Universiti dengan Tokoh Korporat Tempata Print E-mail
Hear this article
Lebih 600 orang pelajar termasuk kakitangan akademik dan bukan akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menghadiri Program Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fakulti  bersama Dato ' Wei Chuan Beng , Pengasas dan Pengarah Urusan Redtone International Berhad yang diadakan pada 25 November lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM.

Dato’ Wei telah menyampaikan ceramah bertajuk “"The Journey of Entrepreneurship " iaitu satu perkongsian pengalaman mengenai perjalanan hidup beliau sebagai seorang usahawan dari awal penglibatannya sehinggalah beliau menempa kejayaan pada hari ini. Selain berkongsi ilmu dan pengalaman, Dato’ Wei turut  mengadakan sesi perundingan dengan kakitangan akademik dan pelajar pasca siswazah dari dua fakulti  iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Fakulti Elektrik dan Elektronik .

Manakala pada 10 Disember lalu, Program Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fakulti  ini diteruskan dengan menjemput Dato' Yusof Jusoh, Pengerusi Eksekutif Proven Holding untuk menyampaikan forum bertajuk "The Relevance of Entrepreneur in Malaysia" bersama beberapa ahli panel. Selain menjayakan forum, Dato' Yusof turut memukau perhatian penonton apabila tampil dengan menyanyikan beberapa buah lagu sambil memetik gitar.

Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor UTHM hadir menyempurnakan penganjuran kedua-dua siri program ini sebagai tanda sokongan. Program ini dilihat sebagai satu platform kepada golongan CEO tempatan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka bersama pelajar di dewan kuliah selain sebagai usaha mempertemukan golongan profesional dengan pelajar institut pendidikan tinggi (IPT).

Untuk rekod, sembilan tokoh korporat tempatan telah terpilih untuk mencurahkan segala pengalaman serta nasihat kepada penuntut-penuntut IPT di negara ini melalui Program Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fakulti  anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi. Program yang berkonsepkan ceramah di dewan-dewan kuliah ini telah dilancarkan pada 7 April lalu dan penganjurannya melibatkan hampir kesemua IPTA yang ada di Malaysia. ~ Technically Above The Rest
Last Updated ( Selasa, 12 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.