Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Hari Antarabangsa 2015 rai pelajar antarabangsa UTHM – kenali kepelbagaian budaya
Hari Antarabangsa 2015 rai pelajar antarabangsa UTHM – kenali kepelbagaian budaya Print E-mail
Hear this article
Pejabat Antarabangsa bersama dengan wakil pelajar antarabangsa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Hari Antarabangsa 2015  pada 18 Disember lalu yang bermatlamat untuk mendedahkan para pelajar antarabangsa kepada budaya setempat dan sebagai acara khusus untuk mereka mengenali rakan seperjuangan yang berasal dari negara-negara berlainan.

Acara yang diadakan di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM menyaksikan para pelajar antarabangsa menyertai pertandingan permainan tradisional iaitu Chapteh dan Congkak. Sebanyak enam pasukan dari pelbagai negara meyertai permainan Chapteh, yang menyaksikan pasukan dari Nigeria muncul sebagai johan. Pasukan Indonesia memperoleh gelaran naib johan manakala pasukan Yemen menduduki tempat ketiga. Para pelajar amat tertarik dengan permainan ini dan ramai yang berpendapat bahawa permainan ini sebenarnya lebih sukar dari yang mereka sangka.

Permainan Congkak juga turut mendapat sambutan hebat apabila ruang permainan sesak dikerumuni penonton yang memberi sokongan kepada wakil negara masing-masing. Perlawanan berlangsung secara sengit sehingga membawa Cik Fetra dari Indonesia dengan saudara Aliraza dari Pakistan ke perlawanan akhir. Cik Fetra berjaya mengungguli perlawanan akhir ini dengan meraih gelaran johan. Manakala saudara Aliraza terpaksa akur dengan kehebatan peserta tunggal wanita ini dan menduduki tempat kedua, sementara saudara Ali Orozi dari Chad pula memenangi tempat ketiga.

Turut berlangsung, Pertandingan Pidato Bahasa Melayu dengan penyertaan seramai sembilan orang. Pemidato-pemidato dari Yemen mendominasi podium apabila dua daripada pemidatonya, Fayad Ghawbar dan Bassam Hassan masing-masing menduduki tempat pertama dan ketiga. Tempat kedua pula dimenangi oleh Fahad Sherwani dari Pakistan.

Turut berlangsung Malam Kebudayaan Antarabangsa 2015 yang berkonsepkan makan malam yang diadakan pada 22hb Disember. Acara ini disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin. Hadir sama, Setiausaha Utama Suruhanjaya Tinggi Nigeria Kuala Lumpur, Encik Olufemi Olonijolu; Timbalan  Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Hashim Saim; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Wahid Razzaly; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Profesor Madya Dr. Asri Selamat dan Cik Enna Fasihah Fadilah, wakil dari UTM International.

Majlis Makan Malam yang bertujuan meraikan komuniti antarabangsa di universiti ini juga menyaksikan pelancaran Cofee Table Book, saluran Youtube dan Website baharu Pejabat Antarabangsa 2015, diiringi dengan tayangan multimedia aktiviti-aktiviti pelajar sepanjang tahun 2015. Sementara itu, Pelajar-pelajar dari Nigeria, Pakistan, Yaman dan Indonesia juga tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat mereka melalui persembahan kebudayaan negara masing-masing. ~Technically Above the Rest
Last Updated ( Ahad, 10 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.