Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Program tajaan Huawei “Seed For The Future” bawa penuntut IPT timba ilmu ke China
Program tajaan Huawei “Seed For The Future” bawa penuntut IPT timba ilmu ke China Print E-mail
Hear this article
Bahagian Hubungan Industri (BHI), Jabatan Pendidikan Tinggi melaui Pusat Kecemerlangan Industri – Industry Center of Excellence (ICoE) Kluster ICoE Elektrik dan Elektronik telah menganjurkan Program Huawei Advanced Train The Trainer Training (TTT) dengan kerjasama Luminos Systems Sdn Bhd (Huawei Authorised Learning Partner) pada 25 hingga 31 Oktober 2015 lalu di Ibu Pejabat Huawei Technologies Shenzen, China.

Seramai tiga orang staf BHI, Kementeri Pendidikan Tinggi (KPT) dan  enam orang pensyarah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)  telah terpilih untuk menyertai program ini. Program tersebut menekankan modul teknologi terkini Huawei iaitu Aplikasi Rangkaian Pintar, Rangkaian Sokongan dan Peranti Huawei, aplikasi Internet/IPTV/VOIP dan FTTx VOD/IPTV.

Mereka turut berkongsi kaedah pembangunan silabus latihan berorientasi industri yang sesuai untuk diadaptasi di universiti. Delegasi turut dibawa ke Politeknik Shenzen (SZPT) di mana Huawei telah menaja sebahagian besar peralatan makmal berasaskan industri. Perbincangan dan cadangan kolaborasi turut diselitkan bersama syarikat kerjasama Huawei iaitu IngDan dan Tencent.

Delegasi turut mengiringi 20 orang pelajar universiti awam (UA) dan universiti swasta  (US) termasuk, Seah Choon Sen, pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat iaitu wakil tunggal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia  yang telah terpilih untuk “Program Seed For The Future”.

Lawatan sambil belajar selama dua mingu ini ditaja sepenuhnya oleh Huawei yang mendedahkan pelajar secara terus kepada budaya masyarakat China, dunia industri dan pengalaman bekerja di Beijing serta ibu pejabat Huawei di Shenzhen.

Rentetan itu, Pelajar dan staf UTHM turut disarankan untuk memohon penajaan ICoE menerusi program berteraskan industri seperti Training the Trainers, Structured Intership Programme, Latihan Industri dan Talent Development yang boleh mendokong kebolehpasaran pelajar. ~Technically Above the Rest
Last Updated ( Ahad, 10 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.