Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Profesor Madya Dr. Arham Abdullah dilantik Ahli Lembaga Pengarah UTHM Yang Baharu
Profesor Madya Dr. Arham Abdullah dilantik Ahli Lembaga Pengarah UTHM Yang Baharu Print E-mail
Hear this article

Berkuatkuasa 1 Disember 2015, Profesor Madya Dr. Arham Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi. Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datuk Dr. Amin Senin yang tamat tempoh pelantikan pada 30 November 2015.

Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Pembinaan daripada Loughborough University, United Kingdom ini pernah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (B.Eng) pada tahun 1998 dan Sarjana Kejuruteraan (M. Eng - Pengurusan Kejuruteraan) pada tahun 1999 dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sebelum dipinjamkan ke Jabatan Pengajian Tinggi, beliau merupakan Profesor Madya di Fakulti Kejuruteraan Awam UTM dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Inovasi dan Pengkomersilan) di Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UTM dari tahun 2009 hingga 2014.

Semoga pelantikan Profesor Madya Dr. Arham ini dapat memberi nafas baru dalam menyumbangkan idea serta kepakaran untuk pembangunan universiti selaras dengan misi dan visi yang telah digariskan. ~ Technically Above the Rest

Last Updated ( Ahad, 10 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.