Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Majlis Perwakilan Pelajar UTHM komited bantu pelajar miskin
Majlis Perwakilan Pelajar UTHM komited bantu pelajar miskin Print E-mail
Hear this article
Seiring dengan motto Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (MPPUTHM) ‘Penggerak Agenda Mahasiswa’, MPPUTHM terus komited membantu universiti ini membela nasib pelajar miskin yang kurang bernasib baik.

MPPUTHM bertanggungjawab memainkan peranannya secara pro aktif dalam mengesan dan mengenal pasti golongan pelajar miskin yang layak menerima bantuan. Bagi memastikan tiada berlaku sebarang keciciran maklumat, mereka juga bertindak sebagai perantara kepada pihak pengurusan universiti dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajar miskin tentang bentuk-bentuk bantuan yang disediakan oleh UTHM.

Manakala bagi menjaga kebajikan mahasiswa pula, MPPUTHM sentiasa memantau harga makanan di setiap Kafe kolej kediaman untuk memastikan harga jualan terkawal dan tidak membebankan pelanggannya yang terdiri daripada penuntut universiti. Pelbagai inisiatif telah dan akan diambil oleh MPPUTHM antaranya membantu universiti menggerakkan program bantuan sara hidup khusus untuk pelajar yang mempunyai masalah kewangan, dengan cara mengenalpasti kelompok ini melalui edaran borang kebajikan.

Bantuan lain ialah dengan menyediakan ‘Charity Corner’ yang mana pelajar dan pensyarah boleh menyumbangkan makanan di sudut tersebut supaya pelajar yang tidak berkemampuan untuk membeli makanan dapat mengambilnya sebagai alas perut. Pusat Pengajian Diploma (PPD) bersama MPP PPD telah melaksanakan bentuk bantuan sebegini dan usaha ini akan diteruskan di setiap fakulti.  

Selain itu, MPPUTHM dalam perancangannya juga akan melaksanakan beberapa program ‘Graduate Employability’ bagi membantu mahasiswa terutamanya kepada yang terikat dengan beban hutang pinjaman pendidikan, untuk terus “survive” setelah tamat pengajian. Ini merupakan salah satu inisiatif jangka panjang MPPUTHM terhadap mahasiswa yang akan menceburi dunia kerjaya kelak. Pelbagai program dan aktiviti akan dilaksanakan dari masa ke semasa bertujuan melatih kemahiran insaniah masing-masing untuk membolehkan mereka bersedia menghadapi dunia pekerjaan.
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.