Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin - Naib Canselor Pertama terima anugerah Certified NLP Coach
Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin - Naib Canselor Pertama terima anugerah Certified NLP Coach Print E-mail
Hear this article

UTHM Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin - Naib Canselor Pertama terima anugerah Certified NLP Coach 2015

Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin telah dianugerahkan dengan ‘Anugerah Naib Canselor Pertama’ di Universiti Awam yang menerima Sijil Kejurulatihan Certified Neuro Linguistic Program (NLP) pada 18 Januari 2016.
 
Majlis penyampaian sijil dan anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh bertempat di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Program Kejurulatihan Certified NLP merupakan projek perintis yang dimulai pada 14 September 2015 bagi memenuhi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membangunkan agenda negara selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia/PPPM (Pendidikan Tinggi) seterusnya mendorong kecemerlangan berterusan dalam pembangunan diri rakyat Malaysia khususnya warga pendidikan tinggi.  

NLP merupakan satu kaedah hubungan antara proses neurologi (neuro) dan bahasa (linguistic) bagi mengubah pola perilaku melalui programming minda bagi mencapai tujuan tertentu yang akan dapat membantu pembangunan diri pegawai melalui tindakan yang lebih strategik. Justeru, metodologi dan teknik NLP telah difikirkan sesuai dan bermanfaat dalam melaksanakan tugasan harian termasuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara matlamat yang telah dijelaskan oleh KPT dalam usaha pengamalan kemahiran NLP ini adalah untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat Kelas Pertama yang berkualiti dan perubahan bangsa yang percaya kepada diri sendiri ke arah ‘Khaira Ummah’.  Bagi tahun 2015, seramai 16 orang pegawai UTHM telah terlibat dan berjaya dianugerahkan sijil Kejurulatihan Certified NLP bersyarat dalam majlis yang sama.  

Program ini telah dilaksana sebanyak lima siri dan inisiatif seperti ini akan diteruskan pada tahun 2016 selaras dengan pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi bahawa UTHM merupakan salah satu dari COE KPT (Kluster Selatan) dalam usaha mendukung perancangan KPT yang mahukan ramai pegawainya dapat melatih dan memberi manfaat kepada kira-kira tiga juta pegawai dan pelajar di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Profesor Datuk Dr. Mohd Noh berpendapat program NLP ini telah membuka minda setiap pegawai yang terlibat dalam usaha memacu warga UTHM ke arah melahirkan kakitangan yang terbaik pada masa akan datang.  Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi bagi melatih lebih ramai warga pendidikan tinggi dengan kemahiran NLP sekali gus merealisasikan agenda negara. - Technically Above The Rest
Last Updated ( Rabu, 27 Januari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.