Login | FAQs | About UTHM Portal
Home arrow News Archive arrow UTHM ketengah konsep perniagaan ‘Carboot Sales’
UTHM ketengah konsep perniagaan ‘Carboot Sales’ Print E-mail
Hear this article

  

UTHM car boot sales

uthm carboot sale 

Program ini adalah rentetan daripada penganjuran “Mega Mobile Fiesta Carboot Sales UTHM 2015” iaitu satu program yang telah menghimpunkan sebanyak 579 penyertaan kenderaan carboot sales pada 25 dan 26 Disember 2015 lalu, sekali gus berjaya mencipta rekod dalam the Malaysia Book of Records sebagai ‘Most Number of Vendor Participating in a Carboot Sales Carnival’.Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat (PHUM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (#UTHM) terus mengetengahkan konsep perniagaan Carboot Sales di kampus dengan menganjurkan aktiviti yang dinamakan “Friday Night Fever Mobile Fiesta Carboot Sales UTHM 2016” pada 29 Januari lalu bertempat di tapak letak kereta bersebelahan Padang Kawad UTHM.

Program Friday Night Fever Mobile Fiesta Carboot Sales UTHM 2016 merupakan satu inisiatif sebagai memenuhi kehendak dan permintaan yang tinggi daripada golongan usahawan-usahawan mikro yang mempunyai kiosk bergerak seperti kereta, van, lori kecil makanan dan motosikal untuk mendapatkan platform perniagaan bagi barangan terpakai, produk dan perkhidmatan yang mereka dijalankan.

Selain itu, aktiviti perniagaan seperti ini diteruskan bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang aktiviti keusahawanan kepada pelajar dan masyarakat khususnya di UTHM dan Batu Pahat serta kawasan sekitarnya.

Mengikut perancangan, aktiviti ini akan diteruskan pada hari jumaat terakhir setiap bulan sepanjang tahun 2016 dengan memperkenalkan tema dan pengisian aktiviti yang berbeza bagi setiap bulan. Berikut adalah tema-tema yang telah dirancang sepanjang tahun:

Tarikh

Tema/Aktiviti/Pengisian

Masa

29 Januari 2016

Meraikan Kejayaan The Malaysia Book of Records

2.00 petang – 12.00 malam

26 Februari 2016

Sambutan Tahun Baru Cina

25 Mac 2016

Kesihatan dan Kecergasan

29 April 2016

Pet Show

27 Mei 2016

Hari Belia Negara

24 Jun 2016

Semarak Hari Raya

27 Julai 2016

Kerohanian dan Keagamaan

26 Ogos 2016

Kemerdekaan dan Patriotik

30 September 2016

Town and Gown (Brassband/Badan Beruniform)

28 Oktober 2016

Pesta Graduan

25 November 2016

Kebudayaan dan Rekreasi

30 Disember 2016

Kembali ke Sekolah

 

PHUM akan meneruskan kolaborasi dengan beberapa pihak NGO seperti Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (GABUNG) dan Mobile Fiesta Management (MF) yang telah dilantik sebagai pengurus tapak sepanjang program berlangsung. Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama erat daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat dan REC Development Sdn. Bhd. yang menyediakan komuniti pelbagai ‘food truck’, Komuniti Polis Batu Pahat dan Boy of Straight JDT (BOS). - Technically Above The Rest

Last Updated ( Selasa, 02 Februari 2016 )
 
logo-25-tahun-menegak_95.jpg
Technically Above The Rest
W3C Disability Access Decrease Font Size Increase Font Size
default purple colour blue colour green colour
© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2009. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

This website is best viewed using Internet Explorer with Compatibility Viewed activated and Mozilla Firefox with screen resolution of 1024x768.